Adakah Ini Yang Dikatakan Program Diet Sehat?

Seminggu dua ni saya aktifkan diri dengan aktiviti yang agak extreem. Apa yang saya lakukan ialah jogging dan berbasikal setiap hari. Malahan untuk ke tempat kerja juga saya berjalan kaki.

Di samping itu saya juga mengawal pemakanan dengan agak ketat. Cuma makan mengikut keperluan tenaga sahaja. Selama hampir dua minggu saya tak makan nasi. Cuma makan roti, susu, ikan dan sayur-sayuran.

Akhirnya tak cukup dua minggu, badan mula rasa lain macam. Otot mula sakit-sakit. Tekak perit akhirnya demam.

Ternyata program diet dengan mengawal pemakanan yang keterlaluan juga antara penyebab saya tak tahan.

Mungkin perut terkejut dengan perubahan yang mendadak. Tapi saya banyak baca tips rakan-rakan yang berdiet tak ambik nasi berbulan lamanya. Mereka ok je. Kenapa tidak saya?

Saya juga dapat rasakan, aktiviti extreem tersebut bila dilakukan tanpa mengawal sangat pemakanan, semuanya berjalan lancar. Buktinya sebaik saja saya kebah dari demam saya cuba makan nasi semula dan lakukan aktiviti extreem, otot tak sakit, tekak tak perit dan Alhamdulillah tak demam.

Nasihat saya, sebelum melakukan diet pastikan kita cukup ilmu untuk itu. Jangan main ikut-ikut je. Walaupun saya ambik kursus kesihatan sebelum memulakan aktiviti ni, tapi tak semuanya berkesan. Jadi cuba dulu sehari dua sesuatu aktiviti diet tu. Bila dah rasa ok bolehla teruskan untuk ke fasa seterusnya.

 


20 thoughts on “Adakah Ini Yang Dikatakan Program Diet Sehat?

  1. Senaman tu yang salah- terlalu extreme…badan terkejut la tu.
    Diet tu dah ok. Senaman tak bleh melampau sgt. Badan baru nak belajar tak terima karbo, pastu cikgu paksa badan buat aktiviti lasak…memberontak la badan.
    Badan pun ada hak. Makan adalah hak perut. Hehehe

  2. boleh aje. cara ko tu dah ok. tapi MAKE SURE, sebelum ko jog waktu pagi tu atau petang..ambil makanan sikit. kalau nak makan nasi..pun boleh. ambil dalam 1 kali sehari. biasa aku ambil samada waktu pagi..atau waktu petang sebelum malam..

    dari berat aku 75 kg. jatuh ke 63 kg sekarang. berat asal aku masa muda-muda dulu..55 kg. hoho..lagi 8 kg aje nak achieve..tapi aku rasa dah ok berat sekarang. ada rasa bertenaga sikit. masa muda dulu..memang badan ringan dan rasa laju aje berlari. tapi kalau nak angkat barang berat..tak larat. kuasa ada. tapi kekuatan tak cukup. so, tak guna gak..

    tips bersenam..jogging aje dah cukup. tapi kalau rajin, buat latihan kardio selalu. bagus untuk otot, badan dan juga jantung. isteri hang juga suka nanti. haha..konsisten la setiap hari. dan bab pemakanan..mu tak nak makan nasi ke apa..terpulang..tapi portion nasi tu..biarlah separuh..dan banyakkan makan buah dan ulam.
    Baca Post Menarik dari titan …Apa kes lu benci sangat tengok Malaysia main??My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge