Andainya Semalam Kiamat

SHARE ARTIKEL INI

Gegaran itu datang lagi.. Dahsyat…
Membawa pergi segala apa yang ada,
Ke alam lain yang dijanji Pencipta,
Dasyatnya kemusnahan,
Tak siapa mampu menahan,
Masing-masing lari bertaburan,
Menyelamatkan diri tak berhaluan,

Ibu… Ayah.. Kawan.. Teman..
Semua dah tak heran,
Yang tinggal cumalah amalan.

Apakah amalan yang kita ada?
Cukupkah bekalan untuk mengadapNya?
Bergunung dosa berbanding pahala..
Menyesal pun tiada guna.

Andai semalam kiamat..
Adakah kita selamat?
Dengan dosa yang bertingkat-tingkat,
Mencaci musuh dan sahabat,
Tak kenal erti laknat,
Dari Pecncipta alam Akhirat.

Andai semalam kiamat,
Mampukah kita terima syafaat,
Dari insan mulia bernama Muhammad,
Kalau di dunia kita tak ingat,
Solat pun sekerat kerat,
Harta pun tak di zakat,
Harta orang juga dirembat,
Akhirnya kita merempat,
Tersungkur di Akhirat…

SHARE ARTIKEL INI

Comments

  1. Ibu Mifzal Arsyad says

    mujur lah kan..x de tsunami cam tahun 2004..mujur belum kiamat kerana terasa amalan yang ada belum cukup untuk dibawa ke sana..
    Baca Post Menarik dari Ibu Mifzal Arsyad …Desperate Ke?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge