Saya baru menghayati berita. Sejak sekian lama saya tak menghayati berita. Samada berita TV mahupun suratkhabar. Bukan bermakna saya tinggal terus. Cuma tak menghayati je.

Bila mula menghayati berita, banyak persoalan timbul. Antara yang menarik ialah isu PTPTN. Apa sebenarnya yang berlaku? Lepas mencari-cari info barulah saya tahu, ada orang yang menuntut supaya hutang PTPTN dimansuhkan. Yak yak ye la sapa yang dah pinjam dan liat nak bayar tu.

Saya tak setuju dengan tuntutan tu..

Tapi saya juga muskil, sebab isu di TV sekarang orang bantah pasal pemansuhan PTPTN. Sapa pulak yang nak suruh PTPTN mansuh ni? Bukankah itu sumber pendapatan pelajar IPT sekarang. Kalau takde mau kebulur mereka.

Apa sebenarnya yang cuba para politikus rakus nak perjuangkan ni? Tak faham la. Masing-masing cuba memanipulasi PTPTN. Mentang-mentanglah pengundi kali ni ramai graduan yang berhutang dengan PTPTN. Maka isunya mesti ada kait mengait dengan peminjam itu sendiri. Walau kita blurr dengan isu dan perjuangan mereka, dah jadi penyokong tegar…. sokong je la.