Blog Cikgu Hairul

Menulis Untuk Keabadian

Pengalaman Ngeri Bersama Hosting DotDotDot

Hai kenapa la blog ni selalu down. Hantar ticket tak berbalas. Telefon tak ada orang angkat. Tengok komen-komen di blog kawan-kawan semuanya caci maki. Boleh sakit jiwa dengan provider macam ni.

Wait.. wait.. wait.. Itu cerita dulu. Masa aku baru je guna servis dari mereka. Biasalah awal-awal memang nampak cantik. Tapi sejak kebelakangan ni semuanya hancur berkecai. Buruk seburuk perkhidmatan pernah aku jumpa.

Pernah dalam satu entri Review Ikhlas dair CikguHairul dot COM memuji melangit masa tu. Benarlah orang kata, janganlah memuji sesuatu itu melangit. Nanti akan timbul rasa bangga diri. Akibatnya akan jatuh berguling-guling. Bila orang nak buat rujukan artikel tu jadi huru-hara la. Sekarang aku terpaksa la tulis entri ni untuk beritahu kisah sebenar.

Bukannya apa, ada ramai juga yang bertanya ok ke servis dari mereka? Sebabnya mereka buat rujukan dalam entri aku yang lepas. Artikel Review Ikhlas tu jadi rujukan. Tak sangka pulak. So ni updatenya.

Aku dah tak gunakan servis dari mereka. Aku pernah berkali-kali hantar ticket minta mereka memperbaiki perkhidmatannya. Tapi tak juga berubah. Iyelah… aku kan orang kecil. Bukan ada effect pun pada income mereka kalau aku tak langgan di tempat mereka.

Sekarang dah boleh tersenyum. Tak ada lagi down disiang hari. Tak ada lagi down berhari-hari. Sekali sekala tu lumrah la. Bukannya semua benda perfect. Orang pun ada demam panas sakit sendi. Inikan pulak cuma sebuah hosting.

Nasihat aku.. jangan terus percaya pada review melangit blogger-blogger ni. Mungkin review tu ditulis masa awal-awal langganannya. Cari kalau boleh 10 review terdekat. Maknanya cari review dalam masa 6 bulan kebelakangan sahaja. Artikel lama-lama tu mungkin dah tak relevan dengan keadaan sekarang.

Heppi blogging sahabat. Jangan tensen-tensen. Kalau blog down berhari-hari, buatlah keputusan untuk bertukar ke provider yang lebih baik. Kalau down lagi pindah la lagi dan lagi dan lagi dan lagi.. Sampai bila? Sampailah kita puas hati. Cuma satu la kena ingat. Tiada sesuatu pun yang sempurna di alam yang fana ini. Cuma Yang Empunya Dunia sahaja bersifat Maha Sempurna dan Maha Kekal sampai bila-bila.

Rentas Desa

Sabtu lepas sukan rentas desa di sekolah. Sudah bertahun sukan ini diperkenalkan di sekolah. Masa aku sekolah di kampung sangat seronok untuk merentas desa. Macam-macam ragam boleh kita jumpa. Ada yang kena kejar monyet, ada yang tumpang lori bawak kelapa sawit, ada juga yang tumpang basikal. Kenangan semua tu.

Sekolah luar bandar mungkinlah sesuai namanya rentas desa. Sekolah di tengah-tengah bandar besar Kuala Lumpur ni nak namakan rentas desa juga ke? Bolehla.. Asalkan tujuannya sama. Aktiviti luar untuk memerhati keindahan alam.

Seawal pagi semua dah berkumpul. Menariknya ibu bapa pun ikut sekali. Dulu masa aku sekolah, mak bapak tak ikut pun aktiviti macam ni. Sekarang nampak sedikit pembaharuan. Pembaharuan yang lebih baik sebab akan menambahkan kemesraan antara anak, ibu bapa dan pihak sekolah.

Kenangan merentas desa yang tak dapat dilupakan? Hahah.. kena kejar dengan monyet. Maklumlah, kawasan kampung. Kanan kiri jalan masih dipenuhi hutan lagi. Monyet je la yang mengiringi.

Sekarang pulak, murid-murid terdedah dikejar anjing masa rentas desa. Maklumlah sekarang rentas desa di dalam taman. Mungkin satu hari nanti kita kena ubah nama sukan kegemaran tu. Rentas Bandar la pulak.

Cakap-Cakap 1CARE

1CARE ialah satu bentuk penstrukturan semula sistem kesihatan di Malaysia agar lebih responsif dan terbaik bagi memberikan perkhidmatan kesihatan kepada seluruh rakyat. Matlamatnya untuk menstruktur semula. Ini cuma cadangan dari pihak kerajaan. Belum dilaksanakan lagi.

1Care is restructured national health system that is responsive and provides choice of quality health care, ensuring universal coverage for health care needs of population based on solidarity and equity

Cakap-cakap politik pulak mengatakan ini cumalah satu program untuk memungut cukai secara paksa daripada rakyat. Ada juga yang cakap ia satu bentuk penswastaan sistem kesihatan kita. Ramai juga tak bersetuju, dan tak kurang pula yang menyokong. Aku pemerhati je..

Aku melihat 1CARE ini dari kaca mata seorang rakyat biasa. Cadangan menambahbaik sistem kesihatan yang ada itu bagus. Tapi apa tak bagusnya sistem kesihatan yang ada?

1CARE aku lihat cumalah satu gergasi Insurans yang akan menguasai sistem kesihatan kita. Siapa di belakang tabir 1CARE? Semalam laporan sebuah stesen TV mengulas 1CARE panjang lebar. Ada juga kebenarannya. Kesimpulan ulasan itu mengatakan kita jangan cepat menolak apa yang kerajaan cadangkan. Kalau untuk kesejahteraan rakyat terima je la.

Aku sependapat dengan pandangan si pencadang 1CARE ini. Rakyat tak akan menerima jika 1CARE melibatkan pengeluaran wang poket mereka sendiri tak kira samada jumlahnya besar atau kecil. Pengeluaran wang saku sendiri dianggap sebagai satu bebanan tambahan. Dengan harga barangan yang semakin naik, penambahan perbelanjaan sedikit juga memberi impak besar kepada kita.

Persoalannya siapakah yang akan membiayai perbelanjaan 1CARE ini? Kalau pun duit pembayar cukai dijadikan taruhan, tak bermakna bukan kita yang membayar.

Pendapat peribadi aku, 1CARE boleh diimplimentasikan. Rakyat boleh dikenakan bayaran contohnya RM30 sebulan untuk belanja kesihatan. Tapi.. Tutup semua syarikat insurans yang bermaharajalela sekarang mencari mangsanya. Patutlah terlalu ramai promoter menelefon menawarkan produk insurans mereka. Rupanya mereka dah tau ada Gergasi Insurans akan mengambil alih mangsa mereka.

Kalau betul lah 1CARE ini menjadi kenyataan, aku harapkan ianya bukan cuma janji politik. Ia jangan dijadikan umpan. Ada juga baiknya kerajaan mengambilalih 3 entiti penting negara, Kesihatan, Perbankkan dan Pembekalan Air. Maknanya tiada penswastaan kepada 3 entiti ini. Ini bagi mengelakkan dari orang tertentu mengaut laba.

Apapun kita tunggu je keputusan dibuat. Jangan terus menolak tapi nilai dulu buruk dan baiknya kepada kita. Bukan untuk orang lain, untuk kita juga.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh download slide presentation 1CARE ini di sini. Klik kanan dan save link as..  [DOWNLOAD 1CARE]