Bahagia Hingga Ke Akhir Usia

Semua orang mengharapkan kebahagiaan. Perkahwinan yang di bina diharap akan berkekalan hinggalah ke hujung usia. Mampukah kita mengekalkan kebahagiaan itu?

Dengan banyaknya kes-kes penceraian sekarang ni, dapat dilihat semakin parah institusi kekeluargaan. Antara punca penceraian ialah masalah keewangan. Semasa majlis perkahwinan, nak buat grand mengalahkan anak raja. Bila masuk tahun kedua mulalah buat hal. Mintak dijauhkan.

Aku tersentuh melihat pasangan warga tua ni. Berjalan berpimpin tangan nak ke pasar Sabtu di Setiawangsa. Kebetulan aku lalu kat situ. Minta maaf tok nek, saya ambik gambar tanpa kebenaran. Heheh. Mampukah kita semesra mereka bila dah lanjut usia?

Melihatkan pasangan semesra itu aku jadi cemburu. Terdetik juga di hati, pemandangan seperti ini malah lagi romantik (baca menyampah) hanya dilakukan oleh remaja-ramaja bercinta. Bila dah berkahwin setahun dua, mulalah aksi sebegitu dilupakan.

Melalui pembacaan aku dapat simpulkan beberapa tips dan petua untuk mengelakkan penceraian. Kalau tak sesuai untuk semua, untuk sebahagian kecil pun takpe la kan? Ini juga untuk peringatan sendiri.

Komunikasi Dua Hala.

Dalam sebarang hal rumahtangga, berkomunikasi dua hala itu adalah kuncinya. Jangan ada satu pihak sahaja yang memberi arahan, umpama tuan dan hamba. Sebarang permasalahan tak kesahla masalah seks, dapur, anak dan jiran mesti diselesaikan secara baik. Tak perlu jaja kat facebook. Jumpa dengan pasangan dan bincang sehabis baik.

Terimalah Pasangan Seadanya.

Masa bercinta, kentut pun bau wangi. Si dia tersepak batu, batu tu dihumban ke laut. Macam pasangan tu tiada kekurangan langsung la. Walaupun dia tahu, aweknya tak mandi dua hari, masih mampu tersenyum girang bila jumpa. Berbeza dengan semasa alam perkahwinan. Perkara itu berlaku sebaliknya. Kenapa kita tidak boleh terima dia seadanya? Untuk mengekalkan rumahtangga bahagia, sifat ini perlu ada. Percayalah!

Jangan Curang.

Zaman sekarang banyak kes yang aku dengar mengenai kecurangan. Tak kira suami atau isteri, ada je kesnya. Curang ni satu benda yang semakin menjadi-jadi pulak. Nak kata tak puas sek, anak dah berderet. Perempuan pulak, nak kata suami tak beri kasih sayang, tiap-tiap hari peluk cium. Tapi masing-masing berani pulak makan luar. Jangan bang, jangan kak. Berdosa tu.

Sentiasa Mesra.

Buangkan persepsi, romantik cuma di alam percintaan je. Teruskan kemesraan walaupun sudah 34 tahun kahwin. Buatlah seperti hari-hari waktu bercinta, dan setiap malam adalah malam pertama.

Doa dan Tawakkal Kepada Allah.

Ini adalah sesuatu yang tak boleh dilupakan. Segala apa yang berlaku ditentukan olehNya. Oleh itu kita kena mintak bahagia la. Jangan sombong dengan Allah. Mintalah perkahwinan kita dijaga dan dirahmati sehingga ke mati.

So, mampukah kita menjadi pasangan bahagia sehingga ke hujung usia? Tepuk kepala, tanya akal. Tepuk dada, tanya selera. Tepuk amai-amai..

Cikgu Hairul

Tak banyak yang mampu ku ungkapkan tentang diriku. Aku hanyalah seorang manusia biasa sama seperti yang lain. Semua tulisan hanyalah pandangan peribadi.

More Posts - Twitter - Facebook - Google Plus


15 thoughts on “Bahagia Hingga Ke Akhir Usia

  1. Komunikasi memang penting..dalam perhubungan terutamanya dalam perkahwinan. Apa pun masalahnya cuba selesaikan segera dengan penuh berhemah.

    Menetapkan matlamat bersama pasangan perlu dilakukan agar pasangan tahu hala tuju yang mereka inginkan..dan megelakkan konflik dimasa hadapan.
    Baca Post Menarik dari anif …Saya Dah Dapat!My Profile

  2. mana tak elok baik di baiki..mana ok di kekalkan..pandai amik hati masig..klu gaduh pentingkan diri sndri payag gak nak berdamai blik tuh heee

  3. Bukan sekadar menulis je ye cikguhairul..kene praktik juga..sweet pasangan tu.xkesahla walaupon alasannya cume bantu papah isteri jalan sbb isteri dah jalan mcm ibu ketam…Yg penting ada gak keprihatinan si suami…(^_^)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge