Baik diam daripada menulis

Sejak kebelakangan ini saya malas menulis. Berbanding dengan beberapa bulan lepas, hampir 70% performance menurun. Bukan sibuk dengan kerja, tetapi penyakit MALAS telah datang.

Pada saya sibuk cuma satu alasan yang dibuat-buat. Malas itulah punca sebenarnya bagi seorang blogger tidak menulis. Ahh.. bukan ada yang peduli pun.

Kadangkala jadi pelik. Facebook dan Twitter boleh je update sejam sekali. Tapi nak menulis blog punyalah susah. Idea dalam kepala punyalah banyak. Sampai depan komputer, hancuss!

Update facebook tak sama dengan update blog. Memang tujuannya sama, iaitu menyampaikan sesuatu. Di facebook mudah je nak update. Tulislah apa sahaja yang terlintas depan mata. Kurang memerlukan kajian. Menulis blog sebaliknya.

Seboleh-bolehnya apa yang saya nak sampaikan kenalah ada maklumat, pengajaran, nasihat, teguran, makian dan informasi. Kalaupun bukan untuk orang lain, untuk saya dikemudian hari. Bila tiba penyakit itu, apa pun tak boleh.

Diam dan buat blogwalking jadi pilihan bila penyakit itu datang. Santai dan sembang-sembang dalam komen rakan blogger. Bila dah hilang penyakit tu nanti saya tulis la semula.

Saya taknak semua tulisan saya jadi macam sampah (walau hakikatnya cam tu la.. hehehe) Saya kena dapatkan momentum untuk menulis semula. Lepas terlebih makan daging korban mungkin boleh buat penyakit itu hilang bersama hilangnya nyawa-nyawa peragut itu.


13 thoughts on “Baik diam daripada menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge