Blog Mati Tanpa Update

Blog tanpa update apakah maknanya? Laman web profile syarikat mungkin ya.. Setahun sekali baru nak update. Bila kita lawat, tarikh terakhir bulan Januari 2011. Mak ai.. lamanya.

Mungkin itu yang akan terjadi bila mod blogging kita menurun. Bagi blogger sepenuh masa mungkin tak jadi masalah ni. Mungkin je.. Kesibukkan bekerja kadang-kadang membataskan aktiviti berblog.

Menulis adalah nadi dalam berblogging. Tanpa tulisan apakah maknanya? Tapi tu la kadang-kadang kita ni sibuk memanjang. Nak mengadap laptop pun susah. Apa yang saya lakukan bagi mengelakkan blog mati tanpa update berlaku.

1. Buat Shedul Entry.

Bila dapat peluang mengadap komputer, catatlah seberapa banyak idea di dalam notepad. Karang sebaris dua ayat. Cari maklumat, karang dan tulis. Sekurang-kurangnya dapat 4 – 5 artikel pun cukuplah. Bagi melengkapkan entri seminggu sekali kita, Shedulkan entry yang kita dah buat. Paling kurang shedulkan entry wordless wednesday. Entry WW je dah ada 4. Cari lagi 4 dah dapat 2 entry seminggu. Kan banyak tu. Cukup bagus la tu untuk blogger separuh masa macam kita.

2. Guna Handset Sebaiknya.

Idea datang tanpa diduga. Kadang-kadang tengah kita naik tren, ada peristiwa mengusik jiwa. Kalau perlu diambil gambar, snap sekeping. Ceritakan dalam 5-6 ayat. Post guna MMS. Bagi smartphone yang ada fungsi email, gunakan sebaiknya. Post guna fungsi email pun boleh.

3. Draf atas kertas.

Ini juga sangat penting. Seelok-eloknya ada sebuah buku dalam poket. Buku ni kita namakan buku idea. Apa sahaja idea yang datang tanpa diduga kita catat. Ia sebenarnya selari dengan tips no 2. Cuma yang no 2 ni kalau ada peristiwa bergambar. Maka bolehla terus guna MMS untuk update blog.

Harap-harap blog kalian tidaklah sampai setahun tak update. Ehh.. Kalian ada dengar berita Pacifista tak? Lama dah dia tak update blog. Kalau ada sesiapa tahu nasib beliau sekarang roger-roger la member kita tu. Rasanya dia dah tak update sejak dari bulan Disember 2011. Saya cuba contact guna email dan fb tak ada jawapan. FB nya juga tak ada update. Apalah yang berlaku ye?

Cikgu Hairul

Tak banyak yang mampu ku ungkapkan tentang diriku. Aku hanyalah seorang manusia biasa sama seperti yang lain. Semua tulisan hanyalah pandangan peribadi.

More Posts - Twitter - Facebook - Google Plus


24 thoughts on “Blog Mati Tanpa Update

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge