Blog Cikgu Hairul

Menulis Untuk Keabadian

Buat Duit Dengan Maklumat Peribadi

Orang lain jadi kaya raya dengan jual maklumat. Maklumat tu maklumat kita pulak tu. memang tak tau malu. Tau tak sapa yang tak tau malu tu?

Hahaha… Pernah tak ada orang call jual insurans? Mereka ni dipanggil telemarketer. Mana agaknya mereka dapat data kita ye? Kalaulah tak ada yang buat duit dengan data peribadi kita, dah tentu maklumat tu tak sampai pada ejen insurans.

Ehhhh.. Bukan tu aja. Kenal CTOS? Mereka ni lagi gila. Kaya raya dan berkuasa pulak tu. mereka ni ambik data dari bank dan jual balik pada kita. Mereka yang pernah kena tentu rasa sakit hati sangat-sangat.

Pernah tak korang dapat sms suruh subscribe menda ngarut macam lagu, ringtone, gambar dan macam-macam lagi la? Mana agaknya dia dapat nombor telefon kita ye? Sekali lagi, dah ada orang buat duit dengan maklumat kita!

Facebook pulak apa cerita? Yes, facebook juga jadi kaya raya dengan menjual maklumat peribadi pengguna a.k.a kita. Kita semua telah dipergunakan oleh Mark Zuckerberg. Sesiapa yang pernah menggunakan fungsi Ads Facebook pasti perasan. Ada pilihan untuk iklankan di negara mana, sasaran jantina, umur, pekerjaan dan kegemaran. Itu kan semua maklumat yang kita masukkan. Senang-senang je dia buat duit dengan apa yang telah kita beri.

Cis! mereka menggunakan maklumat diri kita untuk jadi kaya!

Paling tak boleh terima, kita tak dapat satu sen pun dari maklumat kita yang digunakan untuk buat keuntungan tu. Tapi kita bukan boleh buat apa pun kan? Pasrah je la. Mereka dah sediakan perkhidmatan untuk kita, apa salahnya bagi je mereka buat duit dengan maklumat kita tu kan. Ini pendapat salah ye..

Nasihat aku, jagalah maklumat peribadi kita sebaiknya. Maklumat sekecik-kecik zarah pun orang yang pandai buat duit akan gunakan pelbagai cara untuk memanipulasi. Tak mustahil satu hari nanti ada orang buat pinjaman dengan menggunakan nama dan maklumat kita. Sapa kena bayar balik? Kitaaaaa jugak!

Sebagai pengguna internet yang tahu  setakat mana tahap keselamatan data kita, beringat adalah sesuatu yang perlu diutamakan. Macam mana nak ingat? Kena selalu buat. Maknanya bermula hari ini, jangan ada kebocoran maklumat kita di internet. Korang boleh fikir sendiri mana satu maklumat yang boleh dikongsi dan maklumat yang tak boleh dikongsi kan. Lepas ni sama-sama kita ingat mengingati. Supaya tak ada pihak yang bermaharajalela buat duit dengan maklumat kita.

  • chii says:

    memang bahaya kalo dok sebarang je kasi info peribadi kt sesuatu yg x dikenali..krg x pasal2…org menyalahgunakan info kita…
    chii recently posted..Rahsia Personaliti Melalui Gaya CutiMy Profile

    15/01/2012 at 13:42
    • Cikgu Hairul says:

      Memang dah banyak kes sekarang ni. Orang perseorangan mungkin tak berapa banyak, yang banyak syarikat-syarikat besar..

      15/01/2012 at 23:12
  • anif says:

    Jangan dedahkan terlalu banyak data peribadi. Cukup sekadar maklumat asas..
    anif recently posted..Datuk Lee Chong Wei Juara Terbuka Malaysia Kali Ke 8!My Profile

    15/01/2012 at 21:59
    • Cikgu Hairul says:

      Kadang-kadang maklumat yang asas tu pun mereka boleh salahguna. Sampai satu tahap rasa nak guna maklumat palsu je..

      15/01/2012 at 23:11
  • suri says:

    wah mmg bhya tapi klu sllu sy dapat maxis jer suruh bli ringtone atau walpaper ker adalah..paling koman pun tesco hee..katanya jualan murah2 dtglah ke tesco hee…

    erk..
    dah cam saya plk yg bt iklan kan cini heee

    16/01/2012 at 17:03
    • Cikgu Hairul says:

      Kalau tesco mungkin tanpa sedar kita ada isi borang utk terima promosi. Itu takpe.

      16/01/2012 at 22:50
  • titan says:

    orang bank la nih..
    titan recently posted..Komisen ke 10 dari 701panduanMy Profile

    16/01/2012 at 17:23
  • kodinz says:

    klu ikut kan, kadang2 ada yg x bertanggungjawab yg leaked kan maklumat tuh. cam tepon, mesti ada yg bagi database no phone kat syariket tertentu.

    patutla aku dapat sms pelik2 :)
    kodinz recently posted..Cara Mudah Hasilkan Artikel UnikMy Profile

    17/01/2012 at 00:56
    • Cikgu Hairul says:

      Semua tu kerana duit.. Asal barang jadi duit.

      17/01/2012 at 09:32
      • kodinz says:

        tu la pasal. tapi yg kesiannya pengguna la.kadang2 tu tertipu ngan promosi pelik2 (ni untuk kes ada udang di sebalik mee). ckp freem last2 kena bayar gak
        kodinz recently posted..Tips Untuk Kurangkan Bounce Rate BlogMy Profile

        17/01/2012 at 11:23
  • Mama Murai says:

    patutlah berduyun-duyun mesej masuk kat talian saya, mungkin gmail dah jual maklumat tersebut ke pengiklan yang mencari mangsa melalui sms. Kebanyakannya dari negara Indonesia.
    Mama Murai recently posted..orang melayu, jangan ngada-ngada kahwin dan beranak-pinak tahun ini sebab taksub dengan tahun nagaMy Profile

    23/01/2012 at 16:54
  • kulanz says:

    memang tak selamat maklumat peribadi kita sekarang ni.. sedar2 dah ada orang call bagitau agent bank itu-ini nak tawar hadiah.. tengok2 nak jual insurans rupanya..

    25/01/2012 at 23:00
  • titan says:

    jadi, kena lebih berhati-hati lepas ini.
    titan recently posted..Undi blog lelaki kacak ini.My Profile

    26/01/2012 at 02:17
  • puteri says:

    sebab tu maklumat kaf FB xleh letak yang bertul2..

    Tapi hampeh la FB ni!!
    bila kita buat tak betul dia blocked, closed
    suh hantar surat beranak la, passport la apa la

    @##$%^&!!!!!!!!!!!
    puteri recently posted..KPLI – jQAFMy Profile

    26/01/2012 at 14:11
  • suri says:

    simpankan ia di dlm hati dan ingatan jer heee

    26/01/2012 at 16:16
  • azami says:

    asalam…

    mohon share cikgu

    terima kasih dan wasalam

    11/02/2012 at 23:51
    • Cikgu Hairul says:

      Wslm.. Share la kalau ianya bermanafaat. Thanks sudi membaca.

      12/02/2012 at 08:38

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge