Cara Hilangkan Bau Durian Di Tangan.

Kulit Durian Sekali!

Aku penggemar durian. Tak la sampai tahap hantu durian macam abang ipar dan adik ipar aku. Mereka tu satu bakul durian pun habis ngadap sorang. Setakat sebijik tu boleh la makan sorang.

Bila balik kampung banyak penjual durian tepi jalan. Minggu lepas tergoda dengan Musang King. Apalagi berenti la kat Karak beli durian Musang King. Sekilo RM22. Mak ai! Mahal tu. Disebabkan tak tahan godaan belila juga. Makan kat situ. Nak beli banyak bawak balik kampung mana mampu beb. Hehehe.

Lepas makan ada bau. Baru teringat ngan pehtua orang dulu. Nak hilangkan bau durian kat mulut dan tangan senang je. Kulit durian tu jangan dibuang. Selain buat bekas minuman bagi menyejukkan badan ia juga boleh menghilangkan bau durian kat tangan.

Mudah je, lalukan air mineral dalam kulit durian tu untuk basuh tangan. Bukan kat duri tu tau, tapi kat ruang buah yang dah kena baham tadi. Basuhla tangan dan mulut guna air yang lalu kat kulit durian tadi. Lepastu cuba cium tangan sendiri. Mesti bau tu dah hilang.

Pelik juga bila difikirkan semula. Tapi itulah kebenarannya. Cubalah ye. Kalau tak jadik boleh share ngan aku..

P/S : Kalau duit banyak beli je la durian Musang king tu untuk mak mentua. Kalau tak mampu bolehla basuhtangan guna pehtua ni. Demi menjaga hati ibu mertua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

  1. wah saya taklah kaki makan durian sangat huhu.. makan camtu2 je..tak hardcore,, cepat panas badan pastu demam huhu

  2. “Setakat sebijik tu boleh la makan sorang.”
    Macam tak berapa betul jer statement ni. Diorang pernah hadap habis satu bonet kereta Datsun 120Y ler. Nasib baik takde Durian perisa Coklat.