Cara Nak Curi Password Wifi

Gambar : Google.com, curi jugak..

Aku terkejut dengan laporan yang dikeluarkan oleh tynt berkenaan keyword digunakan untuk tiba di blog ini. Blog ini bukanlah blog teknologi komputer. Tapi ini cumalah secebis bingkisan dari hati. Pelik juga macam mana orang yang mencari cara nak curi wifi sampai ke blog ni.

Belek punya belek, rupanya ada satu artikel aku berkenaan rakan facebook yang menjual produk wifi booster. Wifi booster ni disertakan sekali perisian mendekod password wifi. Bukan aku sokong, tapi aku persoalkan kewajarannya menjual produk tersebut.

Tak salah menjual produk seumpama itu. Aku tau, produk tu bukan untuk tujuan mendapatkan password wifi jiran semata-mata, tapi untuk menarik signal open wifi dipersekitaran kediaman. Tapi kebolehan mencuri password pada wifi yang dipasswordkan itu boleh mengundang penyalahgunaan alatan. Walaupun kit yang disediakan itu tak mudah digunakan oleh orang biasa macam aku, tapi ia tak susah untuk dipelajarinya.

Mencuri walaupun signal wifi tetap dikira mencuri. Bila ada password maknanya tuan empunya wifi tak benarkan wifinya dikongsikan. Mereka ada hak marah sebab mereka bayar wifi  tu. Kita senang- senang je nak hack dan curi password mereka. Lainlah kalau open wifi yang memang diberikan percuma. Itu tak salah dari segi etikanya.

Keyword macam tu memang panas. Pada mulanya aku tak perasan sangat. Tapi bila tengok pada report tu aku mula mengakui kehebatan keyword bagi menarik trafik ke blog. Jadi lepas ni sebelum terbitkan apa-apa artikel, kena kaji dulu keyword panas. Jangan letak keyword 18sx sudah la.

P/S: Bang, aku nak satu.. Heheheh

KHAIRUL AMRAN

Seorang manusia biasa yang menulis pandangan peribadinya di sini. Ada kalanya ia kelihatan kering dan karut kepada yang bukan ahlinya. Tulisan ini juga langsung tidak bersandarkan kepada mana-mana sanad dan kajian saintifik. Teruskan membaca di atas pilihan sendiri.

Latest posts by KHAIRUL AMRAN (see all)

Comments

Comment Policy:Your words are your own, so be nice and helpful if you can. Please, only use your real name and limit the amount of links submitted in your comment. We accept clean XHTML in comments, but don't overdo it please.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge