Aku tertarik dengan peniaga pagar ni. Cara promosinya lain dari yang lain. Mungkin kita boleh tiru atau aplikasikan caranya dalam mempromosi blog.
Apa yang peniaga ni buat ialah meletakkan pagar yang dah siap di belakang lorinya. Parking tepi jalan sambil mempamerkan produk pagar yang dah dibawa.
Tempat promosi pulak dihadapan sekolah. Satu tempat tumpuan yang sesuai untuk buat pameran percuma. Kan ramai mak bapak hantar dan ambik anak.
Sapa berminat terus je buat tempahan kat dia. Bijak-bijak. Apa yang aku dapat dari peniaga ni ialah dia tak malu nak buat promosi lain dari yang lain.
Selain dari kreatif, peniaga ni sangat bijak ambik peluang. Masa orang tengah ramai-ramai dia buat promosi.
Tapi…..
Mungkin tak berapa sesuai tempat macam tu. Mak bapak tengah sibuk-sibuk ambik anak, manalah dia layan sangat promosi tu.
Kalau nak membina jenama mungkin boleh. Letakkan banner besar-besar, tunjuk produk yang dihasilkan. Kalau bukan hari ni mereka membeli, mungkin esok lusa.
Macam tu la cerita pasal promosi di luar kebiasaan. Cantik juga kalau dapat diaplikasikan dalam mempromosi blog kita. Jangan takut untuk lakukan promosi offline.

Ok juga kaedah ni..
Orang berniaga batu nisan sudah lama menggunakan kaedah ini.
Baca Post Menarik dari anif …Zoo Johor – Bahagian 2 (2012)
betul.. selamba ajer letak nissan kat tepi jalan

Baca Post Menarik dari rahman …Gigitan maut
Orang yang tengok pun naik takut..
Secara tak langsung mereka juga telah menjalankan tanggung jawab sosial mereka iaitu mengingatkan masyarakat agar berhati-hati di jalan raya.

Baca Post Menarik dari anif …Teknologi Pencetak 3D Bakal Popular
Kreatif dan pandai cari tempat untuk promosi.
hehe..kreatif apa tu. mungkin dia target dari 1 ribu yang lalu kat situ..dapat 10 orang pembeli yang singgah dah cukup agaknya. hehe..
Baca Post Menarik dari titan …Lelaki kacak sedang demam selsema.
Hehehe.. Dia berani mencuba la bro.
betul tu tak perlu malu-malu dalam hal nie…:)
Baca Post Menarik dari tuan tanah …Belajar Abakus
Kreatif!
Baca Post Menarik dari shraqs …Samsung Galaxy Tab 2 : Tablet Pertama Menggunakan ICS