Blog Cikgu Hairul

Menulis Untuk Keabadian

Cakap-Cakap 1CARE

1CARE ialah satu bentuk penstrukturan semula sistem kesihatan di Malaysia agar lebih responsif dan terbaik bagi memberikan perkhidmatan kesihatan kepada seluruh rakyat. Matlamatnya untuk menstruktur semula. Ini cuma cadangan dari pihak kerajaan. Belum dilaksanakan lagi.

1Care is restructured national health system that is responsive and provides choice of quality health care, ensuring universal coverage for health care needs of population based on solidarity and equity

Cakap-cakap politik pulak mengatakan ini cumalah satu program untuk memungut cukai secara paksa daripada rakyat. Ada juga yang cakap ia satu bentuk penswastaan sistem kesihatan kita. Ramai juga tak bersetuju, dan tak kurang pula yang menyokong. Aku pemerhati je..

Aku melihat 1CARE ini dari kaca mata seorang rakyat biasa. Cadangan menambahbaik sistem kesihatan yang ada itu bagus. Tapi apa tak bagusnya sistem kesihatan yang ada?

1CARE aku lihat cumalah satu gergasi Insurans yang akan menguasai sistem kesihatan kita. Siapa di belakang tabir 1CARE? Semalam laporan sebuah stesen TV mengulas 1CARE panjang lebar. Ada juga kebenarannya. Kesimpulan ulasan itu mengatakan kita jangan cepat menolak apa yang kerajaan cadangkan. Kalau untuk kesejahteraan rakyat terima je la.

Aku sependapat dengan pandangan si pencadang 1CARE ini. Rakyat tak akan menerima jika 1CARE melibatkan pengeluaran wang poket mereka sendiri tak kira samada jumlahnya besar atau kecil. Pengeluaran wang saku sendiri dianggap sebagai satu bebanan tambahan. Dengan harga barangan yang semakin naik, penambahan perbelanjaan sedikit juga memberi impak besar kepada kita.

Persoalannya siapakah yang akan membiayai perbelanjaan 1CARE ini? Kalau pun duit pembayar cukai dijadikan taruhan, tak bermakna bukan kita yang membayar.

Pendapat peribadi aku, 1CARE boleh diimplimentasikan. Rakyat boleh dikenakan bayaran contohnya RM30 sebulan untuk belanja kesihatan. Tapi.. Tutup semua syarikat insurans yang bermaharajalela sekarang mencari mangsanya. Patutlah terlalu ramai promoter menelefon menawarkan produk insurans mereka. Rupanya mereka dah tau ada Gergasi Insurans akan mengambil alih mangsa mereka.

Kalau betul lah 1CARE ini menjadi kenyataan, aku harapkan ianya bukan cuma janji politik. Ia jangan dijadikan umpan. Ada juga baiknya kerajaan mengambilalih 3 entiti penting negara, Kesihatan, Perbankkan dan Pembekalan Air. Maknanya tiada penswastaan kepada 3 entiti ini. Ini bagi mengelakkan dari orang tertentu mengaut laba.

Apapun kita tunggu je keputusan dibuat. Jangan terus menolak tapi nilai dulu buruk dan baiknya kepada kita. Bukan untuk orang lain, untuk kita juga.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh download slide presentation 1CARE ini di sini. Klik kanan dan save link as..  [DOWNLOAD 1CARE]

Cara Promosi Luar Dari Kebiasaan

Promosi Di Luar Kebiasaan by KHAIRUL AMRAN

Aku tertarik dengan peniaga pagar ni. Cara promosinya lain dari yang lain. Mungkin kita boleh tiru atau aplikasikan caranya dalam mempromosi blog.

Apa yang peniaga ni buat ialah meletakkan pagar yang dah siap di belakang lorinya. Parking tepi jalan sambil mempamerkan produk pagar yang dah dibawa.

Tempat promosi pulak dihadapan sekolah. Satu tempat tumpuan yang sesuai untuk buat pameran percuma. Kan ramai mak bapak hantar dan ambik anak.

Sapa berminat terus je buat tempahan kat dia. Bijak-bijak. Apa yang aku dapat dari peniaga ni ialah dia tak malu nak buat promosi lain dari yang lain.

Selain dari kreatif, peniaga ni sangat bijak ambik peluang. Masa orang tengah ramai-ramai dia buat promosi.

Tapi…..

Mungkin tak berapa sesuai tempat macam tu. Mak bapak tengah sibuk-sibuk ambik anak, manalah dia layan sangat promosi tu.

Kalau nak membina jenama mungkin boleh. Letakkan banner besar-besar, tunjuk produk yang dihasilkan. Kalau bukan hari ni mereka membeli, mungkin esok lusa.

Macam tu la cerita pasal promosi di luar kebiasaan. Cantik juga kalau dapat diaplikasikan dalam mempromosi blog kita. Jangan takut untuk lakukan promosi offline.

Berhenti Merokok Dalam 3 Minggu? Kencing lah..

Perokok tegar jangan marah ye.. Ini cuma luahan rasa dari seorang yang tak pernah merokok.

Ada orang kata, kita boleh berhenti merokok dalam masa 3 minggu. Ahhh! mana mungkin! Itu sesuatu yang mustahil. Mana mungkin perokok tegar boleh berhenti merokok. Tunggu mati la baru boleh berhenti.

Perokok kalau dah tahap naga memang banyak alasannya untuk taknak berhenti.

Hukum?- Mufti pun merokok..
Fastwa?- Pegi jahanam dengan Fatwa.
Kesihatan?- Ramai lagi orang mati eksiden dari mati isap rokok.

Pendek kata taknak berhenti la.

Banyak jugak produk-produk yang mendakwa boleh menghentikan tabiat merokok. Kencing la…

Banyak jugak tips-tips yang diberi oleh bekas-bekas perokok untuk berhenti merokok. Kencing la..

Berjuta ringgit kerajaan habiskan untuk kempen taknak merokok.. Mengarut semua tu..

Apa nak buat dengan orang macam ni? Bukan saja yang tua bangka taknak berhenti merokok. Remaja juga ramai dah terjebak. Nak salahkan siapa. Mak bapak sendiri kaki rokok. Takkan anak-anak boleh diajar untuk tak merokok.

Nak berhenti merokok? Oh tidak! Mungkin tunggu isteri melahirkan anak tak cukup sifat. Mungkin tunggu jantung terhenti. Mungkin tunggu paru-paru kena buang sebab rosak.. Barulah nak insaf. Waktu tu semuanya dah terlambat.

Ada baiknya pihak berkuasa kuatkuasakan undang-undang menghalang orang hisap rokok. Tak kesah la dengan apa cara sekalipun. Lebih baik dikatakan zalim dan kejam menguatkuasakan undang-undang macam tu daripada dikatakan kejam menaikkan harga minyak sesuka hati.

Macam tak logik je berhenti merokok dalam masa 3 minggu. Tapi tak mustahil kan?