Blog Cikgu Hairul

Menulis Untuk Keabadian

Ekor Kucing Dipotong

20120213-002552.jpg

Zalim, tak berperikemanusiaan. Itu tanggapan pertama aku bila tengok keadaan kucing yang kena potong ekor. Siapalah si pelakunya. Langsung tak ada hati perut.

Aku jumpa kucing ni masa tengah sarapan kat kedai mamak. Mula-mula tak perasan sangat sebab ingatkan ekornya pendek. Bila diperhatikan betul-betul, ekor kucing ni ada kesan kena potong.

20120213-001858.jpg

Kesian kucing ni. Tengoklah muka kesian dia tu. tak sampai hati aku tengok. Macam manalah penderitaan yang ditanggung masa mula-mula ekornya dipotong..

Agaknya apa yang dah dibuat oleh si kucing ni sampai ada manusia zalim sanggup potong ekornya? Jahat sangatkah kucing ni? Mungkin jugak dah kebulur sangat nak makan sup ekor. His! zalim sungguh manusia tu.

Telefon

Teknologi dah canggih. Orang jauh pun terasa dekat. Itupun kalau pandai memanafaatkan teknologi yang ada.

Aku cukup sedih dan kesian dengan orang yang ada telefon, tapi tak reti manafaatkannya dengan baik. Telefon tak berjawab, sms juga tiada balasan. Apa pun tak boleh. Matikah? Hidupkah? Sehatkah? Atau telah meninggalkan teknologi tekefon dan menggunakan teknologi telipati?

Aku cuba juga menghantar isyarat telipati, tapi tak juga sampai. Mungkin isyarat tersangkut atau sesat kat mana-mana. Maklumlah jauh sangat.

Bukan guna telefon rumah. Ini dah zaman telefon bimbit. Telefon yang boleh digantung di leher, masuk kocek, masuk handbag. Sekali dering patut boleh terus jawab. Ni langsung tak jawab ni pe hal?

Aku bukanla kelapaq sangat nak menelefon. Tapi kalau sampai berita penting pun tak mampu disampaikan dengan teknologi telefon bimbit, apakah maknanya?

Bertukar nombor.

Ada orang suka bertukar-tukar nombor. Mentang-mentangla simkad dah murah. Sebulan sekali tukar nombor. Orang yang suka tukar-tukar nombor ni mungkin banyak musuh, banyak hutang atau tak ada kawan. Dah tukar nombor tak bagitau pulak tu. Apa jenis manusia la?

Ada telefon, sila manafaatkannya. Jangan biar anak-anak main game sampai habis bateri, lepastu tak caj semula. Berhari-hari tak aktif sampai terlepas berita kematian ibu sendiri. Sapa yang susah?

Nasihat untuk diri sendiri: sila letak telefon di tempat yang mudah dilihat. Jangan simpan dalam bag james bond. Nyusahkan orang je.

Macam Artis Juga

20120131-101331.jpg

Pasar-pasar sekitar ibu negara tak sunyi dari dibanjiri orang seperti ini. Banyak pendedahan dah dibuat oleh akhbar-akhbar. Ada yang kata kegiatan itu didalangi sendiket. Apa yang pasti, kegiatan macam ni meruntun jiwa nurani insan yang melihatnya. Kalau tak dihulur seringgit dua macam tak sah. Mungkin sebab tu la ia semakin subur.

Alangkah susahnya nak mencari sesuap nasi. Mungkin pagi mereka tak semewah kita. Bersyukurlah sebab kita selalu je dapat makan. Itulah yang selalu orang tua kata.

20120131-102209.jpg

Sedih juga bila bangsa sendiri terpaksa mencari sesuap nasi dengan meminta-minta. Mungkinkah ini silap kita? Silap kita sebab tak perihatin kepada mereka. Mungkin itu jiran kita. Lantaran kesibukan bekerja, sampai lupa pada jiran tetangga yang kesusahan.

Paling touching bila ada yang memaki hamun mereka ketika mereka sedang bekerja. Kita tak pernah terfikir apa masalah mereka. Kita tak pernah ambil tahu masalah mereka. Tiba-tiba datang bagi makian. Mereka juga macam artis. Menyanyi demi sesuap nasi. Bezanya mereka menghiburkan pengunjung pasar.

Kita kena sedar, tanggungjawab kita belum selesai. Takkan la kita nak bergembira, sedangkan ada lagi jiran-jiran kita yang hidup melarat. Jangan terus mencampakkan tanggungjawab itu kepada JKM dan Pusat Zakat. Memang la kita rasakan, bila kita dah keluarkan zakat, kita rasa dah membantu mereka. Itu silap..

Jomlah kita bantu mereka. Mungkin kita boleh bagi mereka kerja tetap. Orang kaya-kaya tu daripada ambik orang luar jadi tukang kebun, ambiklah mereka ni bekerja. Kalau mereka OKU, berilah mereka kerja yang sesuai dengan kebolehan yang mereka ada. Kalau niat membantu, nak seribu daya, taknak seribu dalih.