Blog Cikgu Hairul

Menulis Untuk Keabadian

Rentas Desa

Sabtu lepas sukan rentas desa di sekolah. Sudah bertahun sukan ini diperkenalkan di sekolah. Masa aku sekolah di kampung sangat seronok untuk merentas desa. Macam-macam ragam boleh kita jumpa. Ada yang kena kejar monyet, ada yang tumpang lori bawak kelapa sawit, ada juga yang tumpang basikal. Kenangan semua tu.

Sekolah luar bandar mungkinlah sesuai namanya rentas desa. Sekolah di tengah-tengah bandar besar Kuala Lumpur ni nak namakan rentas desa juga ke? Bolehla.. Asalkan tujuannya sama. Aktiviti luar untuk memerhati keindahan alam.

Seawal pagi semua dah berkumpul. Menariknya ibu bapa pun ikut sekali. Dulu masa aku sekolah, mak bapak tak ikut pun aktiviti macam ni. Sekarang nampak sedikit pembaharuan. Pembaharuan yang lebih baik sebab akan menambahkan kemesraan antara anak, ibu bapa dan pihak sekolah.

Kenangan merentas desa yang tak dapat dilupakan? Hahah.. kena kejar dengan monyet. Maklumlah, kawasan kampung. Kanan kiri jalan masih dipenuhi hutan lagi. Monyet je la yang mengiringi.

Sekarang pulak, murid-murid terdedah dikejar anjing masa rentas desa. Maklumlah sekarang rentas desa di dalam taman. Mungkin satu hari nanti kita kena ubah nama sukan kegemaran tu. Rentas Bandar la pulak.

Cakap-Cakap 1CARE

1CARE ialah satu bentuk penstrukturan semula sistem kesihatan di Malaysia agar lebih responsif dan terbaik bagi memberikan perkhidmatan kesihatan kepada seluruh rakyat. Matlamatnya untuk menstruktur semula. Ini cuma cadangan dari pihak kerajaan. Belum dilaksanakan lagi.

1Care is restructured national health system that is responsive and provides choice of quality health care, ensuring universal coverage for health care needs of population based on solidarity and equity

Cakap-cakap politik pulak mengatakan ini cumalah satu program untuk memungut cukai secara paksa daripada rakyat. Ada juga yang cakap ia satu bentuk penswastaan sistem kesihatan kita. Ramai juga tak bersetuju, dan tak kurang pula yang menyokong. Aku pemerhati je..

Aku melihat 1CARE ini dari kaca mata seorang rakyat biasa. Cadangan menambahbaik sistem kesihatan yang ada itu bagus. Tapi apa tak bagusnya sistem kesihatan yang ada?

1CARE aku lihat cumalah satu gergasi Insurans yang akan menguasai sistem kesihatan kita. Siapa di belakang tabir 1CARE? Semalam laporan sebuah stesen TV mengulas 1CARE panjang lebar. Ada juga kebenarannya. Kesimpulan ulasan itu mengatakan kita jangan cepat menolak apa yang kerajaan cadangkan. Kalau untuk kesejahteraan rakyat terima je la.

Aku sependapat dengan pandangan si pencadang 1CARE ini. Rakyat tak akan menerima jika 1CARE melibatkan pengeluaran wang poket mereka sendiri tak kira samada jumlahnya besar atau kecil. Pengeluaran wang saku sendiri dianggap sebagai satu bebanan tambahan. Dengan harga barangan yang semakin naik, penambahan perbelanjaan sedikit juga memberi impak besar kepada kita.

Persoalannya siapakah yang akan membiayai perbelanjaan 1CARE ini? Kalau pun duit pembayar cukai dijadikan taruhan, tak bermakna bukan kita yang membayar.

Pendapat peribadi aku, 1CARE boleh diimplimentasikan. Rakyat boleh dikenakan bayaran contohnya RM30 sebulan untuk belanja kesihatan. Tapi.. Tutup semua syarikat insurans yang bermaharajalela sekarang mencari mangsanya. Patutlah terlalu ramai promoter menelefon menawarkan produk insurans mereka. Rupanya mereka dah tau ada Gergasi Insurans akan mengambil alih mangsa mereka.

Kalau betul lah 1CARE ini menjadi kenyataan, aku harapkan ianya bukan cuma janji politik. Ia jangan dijadikan umpan. Ada juga baiknya kerajaan mengambilalih 3 entiti penting negara, Kesihatan, Perbankkan dan Pembekalan Air. Maknanya tiada penswastaan kepada 3 entiti ini. Ini bagi mengelakkan dari orang tertentu mengaut laba.

Apapun kita tunggu je keputusan dibuat. Jangan terus menolak tapi nilai dulu buruk dan baiknya kepada kita. Bukan untuk orang lain, untuk kita juga.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh download slide presentation 1CARE ini di sini. Klik kanan dan save link as..  [DOWNLOAD 1CARE]

Pemuda Dan Ayam KFC

Seorang pemuda singgah di KFC Setiawangsa membeli 5 ketul ayam goreng. Hajat di hati nak makan dengan aweknya di Tasik Titiwangsa sambil memadu asmara. Dalam kesibukkan KFC, akhirnya dapatlah dia sekotak makanan diidamkan. Lantas bergegas ke rumah aweknya di Taman Setiawangsa.

Lalu dibawa aweknya ke Taman Tasik Titiwangsa untuk menikmati kelazatan ayam KFC yang dikatakan sampai menjilat jari itu. Sesampai di sana dibukalah kotak KFC. Sang awek senyum dan berkerut berselang seli melihat apa yang ada di dalam kotak ayam itu. Pemuda itu terkejut beruk sebab dalam tu cuma ada duit RM500 dan bukannya ayam goreng.

Dengan perasaan sedih bercampur hangin satu badan pemuda itu mengambil keputusan untuk memulangkan duit RM500 di KFC dan meminta ayam gorengnya. Dalam perjalanan pemuda itu merungut-rungut sendirian. Kekecewaannya jelas terbayang sebab tak dapat makan ayam KFC dengan buah hatinya.

Sesampai di KFC Setiawangsa, pemuda itu memberitahu cashier bahawa kotak ayam yang diberikan tadi ada RM500 dan bukannya ayam. Apa lagi terkejutlah cashier yang lawa itu. Manager mengambil alih kes tersebut. Pemuda itu meminta ayam gorengnya semula dan ingin memulangkan semula RM500 tersebut. Manager KFC menjadi sangat hairan dan takjub melihat situasi itu. Dia pelik, zaman sekarang ada lagi manusia sejujur itu. Manager itu pun berkata ” Bang, apa kata saya panggil TV3 dan buat cerita kisah kejujuran abang ini”. Pemuda itu berkeras tidak mahu. Apa yang dimahukan hanyalah ayamnya sahaja.

Sekeras mana permintaan Manager KFC, sekeras itulah juga pemuda itu menolak. Manager itu bertambah hairan. Orang sekarang punyalah buat benda pelik nakkan publisiti murahan, tapi pemuda itu menolak dapat publisiti. Sangat pelik dan ajaib.

Desak punya desak, akhirnya pemuda itu mengalah. Pemuda itu menceritakan kesah sebenar kenapa dia tak nak sangat diinterview oleh TV3. Dia takut kalau masuk TV3 kesahnya memulangkan duit RM500 dan meminta kembali ayamnya sebab nak makan bersama buah hati, nanti semua orang tahu terutama Isteri dan anak-anaknya. Padahal isteri dan anak-anaknya tak pernah pun dibawa untuk makan KFC sepanjang perkahwinannya. Rupanya pemuda itu takut rahsianya terbongkar.

Haha.. apa pengajaran dari cerita ini?

Don’t Judge A Book By Its Cover..

Renung-renungkan dan selamat beramal.