Minggu ni heboh orang kata pasal serbuan sebuah syarikat pelaburan emas. Maka ramailah yang melenting. Ramai juga yang gigit jari.
Selama ni tak sedar yang pelaburan di syarikat tu ada yang tak kena. Senang cerita tak patuh syariah. Bila para cendikiawan bagitau status sesuatu pelaburan macam-macam orang mengata.
Saya ada dengar ulasan seorang ustaz di radio ikim semalam. Rupanya Bank Negara dah lama nak serbu syarikat tu. Tapi oleh kerana ramai sangat orang Islam masuk, ditangguhkannya dulu dengan harapan akan segera insaf.
Sikap kita susah nak berubah. Berbuih orang terangkan kenapa patut tarik balik pelaburan di situ. Tapi kita masih juga degil. Bukan tak diberitahu, malahan banyak penerangan di akhbar, blog dan majalah tentang perkara ni.
Itulah orang kita, nak kaya langsung tak fikir halal haram. Janji bawak untung cepat, sebat je la. Sanggup keluarkan beribu-ribu ringgit demi keuntungan yang tak tahu hujung pangkalnya. Kita terlalu mudah percaya dengan cakap-cakap manusia yang menjanjikan bulan dan bintang sedangkan janji Allah yang tak pernah dimungkiri kita susah nak percaya.
Kadang-kadang kita nak keluarkan RM100 untuk bayar zakat punyalah susah. Keluarkan duit untuk bantu orang lagilah susah. Tapi kalau keluarkan duit untuk skim cepat kaya, berhutang pun sanggup. Bila Bank Negara dah serbu mulalah nak menyalahkan kerajaan.
Tak salah melabur emas, tak salah buat pelaburan. Yang salahnya melabur tanpa ilmu. Bila jadi benda macam ni, kita cepat-cepat kena sedar dan ambil tahu. Mana-mana pelaburan yang telah kita buat, kaji balik dan bertanya kepada orang yang ada ilmu samada ia patut kita teruskan atau sebaliknya.
Syarikat tu memang sudah di senaraikan dalam senarai 77 buah syarikat pelaburan tidak sah oleh BNM. Nampaknya ramai yang tidak ambil peduli tentang senarai itu..
Baca Post Menarik dari anif …Live Streaming – The UEFA Champions League – Arsenal vs Olympiakos
Lebih best ialah pemilik syarikat ni, dgr katanya sudahpun buat skim yg sama beberpa tahun lalu (kena serbu dan kena beku jugak). Dia ni muncul kembali dgn nama baru tapi taktik sama.
Mangsanya ialah org kita yg mungkin org yg sama yg kena beberapa tahun dulu….
Baca Post Menarik dari hafizmd …Belum Masanya Untuk Kembali…
Kita mudah lupa..
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Dah diberi amaran, masih juga degil, kan dah kena
realitinya kat dunia ni x der benda yg mudah..renungan bersama ni..
Baca Post Menarik dari Jebeng Otai™ …Buah Longan Brazil
Kalau fikir logikpun, pulangan yg diberi mmg tinggi dan “too good too be true”
Baca Post Menarik dari hafizmd …Belum Masanya Untuk Kembali…
Memang itu yang banyak mempengaruhi orang ramai pun. Jadi bila ada yang kata something wrong pada pelaburan tu, kita sebagai pelabur kena check dan kaji balik betul ke tak betul.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Dah diberi amaran, masih juga degil, kan dah kena
melabur kena bijak.. kalau salah melabur inilah jadinya..
Baca Post Menarik dari rahman …Lukisan ilustrasi menggunakan sisa kayu pensil
kadang-kadang kita terpengaruh dengan cakap-cakap orang. masalahnya bila dah tersilap dan ada yang tegur kesilapan tu, masing-masing ketegaq tak dengar kata.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Perokok tak boleh masuk Universiti
Duit & nak kaya cara mudah punya pasal. IMO
Baca Post Menarik dari shraqs …Best Global Brand 2012 – Top 100
nmpak boleh je buat duit gelap mata semua tu… walau telah diwartakan
Baca Post Menarik dari auc dot com …Review Buku: Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
hahahahah..padan muke..dulu berlagak sgt geng2 “emas berkepok” ni..
Bila dah ditawarkan dengan janji manis dan pulangan yang lumayan, ada di antara kita akan jadi gelap mata dan lupa peringatan dan amaran yang telah diberikan. Semuanya sebab nak cepat kaya.
Baca Post Menarik dari Sara …Shawl Kedut Bidang Besar dan Labuh
selamanya aku sangsi dengan jenis bisnes yang cepat dan banyak dapat untung
kerana bagi aku, tak ada cara mudah dalam dunia ni
Baca Post Menarik dari tehr …Lokasi Kamera AES Terkini
yang penting, kena bijak buat keputusan.
Baca Post Menarik dari titan …Laptop Fujitsu sudah ada adik baru.
tapi yang sedih ada orang melayu bermatian mempertahankan company ni…….walaupun sudah dinasihat…. :<
Baca Post Menarik dari hairulafiz …Hari Sabtu a.k.a Hari Mr. Mama
Buat duit dengan berblogging je la…
kan dah kena , ramai sangat masih degil

Baca Post Menarik dari pahan …Dream : Create my own wordpress theme