Demam tapi degil tak nak jumpa doktor

Hari ni dah masuk hari kedua saya demam. Semalam hantar isteri ke Damai Servis Hospital untuk check darah. Masa ke klinik hari tu, doktor tak check darah tapi dia suruh terus refer hospital untuk check darah. Suspect denggi katanya. Aik takkan kena denggi lagi. Tahun lepas dah kena. Nasib baik result tak ada denggi tu. Lega rasanya.

Lepas isteri saya kebah demam, kini giliran saya pulak. Malasnya nak pegi klinik lagi. Dah la macam-macam ubat nak kena makan. Setakat ni cuma makan panadol dengan madu je. Orang kata minum madu dapat sembuhkan macam-macam jenis penyakit. Saya cuba je la.

Sekarang masih selsema. Kepala berdenyut-denyut lagi-lagi bila berjalan. Hmmmm.. Selain dari minum madu, saya juga minum banyak air kosong. Tapi tu la, banyak minum banyak le kencingnya. Tidur malam pun tak lena. Asik nak ke tandas je.

Bila kita demam, mungkin ada yang Allah nak clearkan dosa. Maklum je la, kita ni manusia tak lepas dari dosa. Saya redho dan bersyukur. Dalam tahun ni, inilah kali pertama Dia bagi sakit. Syukur..

Ok la, mencarut tengah-tengah demam ni. Doakan kesihatan kami sekeluarga. Tak larat dah nak lap hingus.

Cikgu Hairul

Tak banyak yang mampu ku ungkapkan tentang diriku. Aku hanyalah seorang manusia biasa sama seperti yang lain. Semua tulisan hanyalah pandangan peribadi.

More Posts - Twitter - Facebook - Google Plus


11 thoughts on “Demam tapi degil tak nak jumpa doktor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge