Senak, serabut, sedih, dukacita. Tak dapat digambarkan macam mana perasaan ini bila melihat orang ghairah menabur fitnah. Pihak pembangkang mahupun kerajaan, dua-dua sama. Langsung tak ada perasaan takutkan Allah. Pihak kerajaan pulak lebih mudah menyebarkan fitnah melalui saluran TV dan radio. Maka berjayalah menyebarkan kejahatan ke seluruh dunia. Pembangkang pulak sebarkan fitnah dan dakyah melalui ceramah-ceramah. Kuranglah sikit keberkesanannya, tapi masih juga satu dosa.
Ahli agama dan ilmuan takkan berdiam diri saja? Telah dikuncikah mulut-mulut kamu semua? Kenapa tidak menegur amalan politik jijik dan kotor ini. Diam itu tanda setuju! Bila setuju maka tunggulah akan bala yang Allah akan timpakan kepada kita semua.
Sebagai pendengar dan penonton sedikit sebanyak dapat saham dosa yang mereka lakukan. Dahlah pahala pun cuma sikit ( tu pun kalau ada). Dosa pulak hari-hari kita dapat. Apalah yang mampu kita bawak nanti bila mati? Dosa yang kita buat ni pun dah tak terkira, dapat pulak saham dosa orang lain.
Sebagai pengikut yang taksub dengan sesuatu pemimpin dan parti. Anda juga akan dipersoalkan. Kenapa tidak menegur perbuatan itu? (Perh! nak tegur macam mana, pengikut pun dua kali lima). Sudah lah tu. Cukuplah hinaan dan cercaan yang kamu lakukan ke atas bangsa kamu sendiri. Sedar tak sebenarnya kamu juga menghina Allah? Cuba duduk diam seketika dan muhasabah diri. Bila kamu mencerca orang, ditakuti kamu juga akan jatuh menghina Allah.
Dosa yang tidak kita sedar ini lebih bahaya dari dosa yang kita sedar. Dosa yang kita sedar bila insaf kita boleh bertaubat. Tapi yang tak sedar macam mana?
Diruang kecil ini, saya dengan rendah diri menyeru kepada diri ini dan sesiapa jua yang terbaca artikel ini untuk sama-sama jadi orang baik. Hindarkan diri dari dapat dosa menfitnah. Hindarkan diri dari dapat saham dosa fitnah. Musim-musim macam ni tak tengok TV pun tak apa. Banyakkan menghadiri kuliah agama dan peringatan supaya kita tidak terus hidup dalam dosa.
Moga2 kita terhindar dari bala ini, cikgu
Fitnah dah jadi mainan sekarang ni
Baca Post Menarik dari tehr …Separuh Akhir Piala FA 2012 | Siaran Langsung
mudah-mudahan macam tu la cikgu. sebab tu la kita kena ingat mengingati. takut Allah persoalkan kat sana nanti. mau tak terjawab..
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Ngeri
Benjy benci BN dan Benjy benci Pakatan Rakyat sebab tak tolong cuci kasut putih Benjy masa Benjy darjah 6 dahulu …

Baca Post Menarik dari benjy …RANKING FIFA MALAYSIA – DATUK K.RAJAGOPAL ‘SYOK SENDIRI’
masa benjy darjah enam,pr belum ada kot. masa tu BN je wujud. heheh. benci bukan bermakna tak mengundi ye benji.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Profesional Kaya
politik itu akan jadi kotor bila dipisahkan dengan agama..
Baca Post Menarik dari Ibu Mifzal Arsyad …Desperate Ke?
betul tu ibu. kesian tengok masyarakat yang semakin jahil. takut pun ada..
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Tak Berhati Perut
Terima kasih lah dato’ sudi melawat kami kat ceruk hulu ni. Balik ni jalan elok-elok yea. Lima tahun lagi kita nak jumpa lagi.
Baca Post Menarik dari Amar …Cara menjimatkan penggunaan bateri iPhone
Sama-sama.. Jangan lupa pangkah saya ye nanti. 5 Tahun lagi kalau saya menang saya datang lagi hantar gula-gula getah.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Teksi Oh Teksi
Sebab tulah aku jarang nak tengok berita skrg ni. Banyak sangat pasal politik.
Baca Post Menarik dari shraqs …WordPress 3.3.2 Update
Cerita politik yang membina takpe, bukan asik nak mencanang aib orang. Rasulullah tak suka, Allah juga tak suka.. So bila tak suka faham2 la macam mana politik masa kini tuh.
sejujurnya, aku malas nak masuk campur hal pru ni..kita tunggu dan lihat aje..
Baca Post Menarik dari titan …Edisi Siasat – Buat Duit dengan HzTours
Jangan lupa mengundi nanti.. Hehehe
masing2 sibuk mengejar kuasa..
saling salah menyalah..
yang menjadi mangsa, rakyat yang teriku2..
ehhehee
Baca Post Menarik dari mie …Upin Dan Ipin The Musical Memang Terbaik
Mengikut kalau ada asas yang kuat tak apa. Tpi kebanyakkan sekarang ikut membabi bute..
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Jangan Upgrade WordPress 3.3.2 Lagi
Emm saya dah buntu nak pilih yang mana satu. Haha
Baca Post Menarik dari Hafizul …PAS @ BN I Don’t Care
Tunggu masa mengundi nanti barulah nampak. Sekarang kena banyak solat istikharah untuk buat pilihan.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Jangan Upgrade WordPress 3.3.2 Lagi
sebab inilah saya tak suka politik dn seboleh2nya tak mahu telibat…dua2 pihak tu sama je…
Baca Post Menarik dari bardboo …La Vallee Village dan Disney Village | Percutian di Paris