Edit Gambar Tanpa Photoshop

Picnik Memudahkan Dan Bebas Piret

Barangkali kita masih asing dengan mengedit gambar-gambar untuk dimasukkan ke dalam blog secara dalam talian. Kebiasaannya blogger akan menggunakan perisian percuma seperti gimp dan paint. Hasilnya tidaklah seberapa, tapi cukuplah sekadar sedap mata memandang. Bagi blogger yang inginkan gambarnya mempunyai watermark dan segala bagai kesan khas, photoshop cetak rompak mungkin digunakan. Tapi sampai bila dan adakah ianya HALAL?

Semestinya tidak!

Bagi blogger advance, mereka tidak akan menggunakan perisian cetak rompak kerana tahu bertapa kecewanya apabila harta intelek mereka dicuri. Sebagai penyelesaian kepada masalah itu,  Picnik.com telah menyediakan perkhidmatan mengedit gambar secara dalam talian. Lebih menarik lagi, ianya adalah percuma dan tidak perlu mendaftar.

Walaupun versi berdaftar disediakan, perkhidmatan percuma juga tidak mengecewakan.

Terus masukkan gambar yang nak diedit dengan menekan butang upload a photo

Sekarang anda boleh mulakan mengedit. Macam-macam kesan khas, frame, text dan menu lain yang boleh dipilih. Pastinya ia sangat memudahkan berbanding dengan menggunakan Photoshop Cetak Rompak. Setelah selesai meletakkan teks dan kesan khas sila save. Menarik sangat web ni sebab ia membenarkan anda save terus ke PC atau share dengan rakan-rakan.

Banyak kemudahan lain kat sini. Anda boleh print (berbayar) atau print terus ke printer sendiri. Kalau nak buat album, calender, minialbum dan buku pun boleh.

Selamat mencuba dan Hidup Bebas Tanpa Perisian Cetak Rompak. Hidup bebas tanpa Photoshop.

SHARE

Comments

  1. liza says

    hai ..nak tanya? edit gambar guna Picnik.com ni,
    boleh tak edit background gambar jadi white….

    thanks…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge