Malang tak berbau. Kadang-kadang kita cukup berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara, tapi takdir Allah itu tak dapat kita elakkan.
Sedang aku membelek Utusan Online, terbaca kisah “Ejen Insurans Melecur Disimbah Asid”. Terpanggil menulis sesuatu mengenai ejen insurans. Ini bukan cerita Privecyku Dinoda, tapi lain ceritanya.
Dengan tahap kebengangan yang tinggi dengan Ejen Insurans Mengaku Tuhan, aku simpati juga dengan mangsa yang kena simbah asid tu. Mukanya melecur dan dia tak tahu apa sebabnya dia diperlakukan sebegitu.
Khabarnya dia disimbah asid oleh orang tidak dikenali. Atas sebab apa, dan kenapa itu masih dalam siasatan.
Itulah, manusia bila sampai tahap bengang, macam-macam dia boleh buat. Sampai satu tahap, bila manusia hilang kewarasan dia sanggup membunuh. Siapa tak bengang dengan Ejen Insurans Yang Tak Faham Bahasa kan? Mintak-mintak dijauhkan dari malapetaka ini.
Terdetik juga dalam hati ini, apakah semua perkara yang aku buat ini menyenangkan orang lain? Adakah apa yang aku tulis di sini menyebabkan ada orang terasa?
Andai ada salah dan silap, mohon diampunkan. Aku menulis berdasarkan pengalaman, isi hati, dan pandangan dari ruang lingkup hidup aku. Sekali lagi kalau ada salah silap, minta tegur dan betulkan.
Lepas ni kita kena berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara. Bukan saja untuk ejen insurans, tapi untuk aku dan sesiapa sahaja. Ejen insurans ni kena lebih sikit lepas ni, sebab dah ada kes kena simbah asid.

anif says:
Haish.. Sekarang ni macam-macam jenis manusia ada! Harap jangan sampai perkara macam ni terjadi.
Semoga dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini. Amin.
anif recently posted..Menilai Keberkesanan Strategi
Cikgu Hairul says:
Aminnn.. Semoga kita saling ingat mengingati.
titan says:
kalau aku malas nak berurusan. Terus aje aku cakap. Saya tak suka ejen insurans. Terus depa senyap, cari mangsa lain.
haha..
titan recently posted..Komisen ke 10 dari 701panduan
Cikgu Hairul says:
Kadang2 tak sampai hati.
chii says:
mcm2 hal la skrg ni..kalau sblm ni..org dok simbah asid randomly..tp krg ni dok target ejen insurans plak…
ni mesti ada org yg x puas ati..tu yg dia wta keje cmtu
chii recently posted..Pengalaman Kena Denda Di Sekolah
Cikgu Hairul says:
Mungkin jugak.. tapi tak tau lagi. Tunggu siasatan polis selesai.
hatiputera says:
kesian,,,kena lebih berhati – hati sekarang dengan orang yang tidak dikenali.
hatiputera recently posted..iPhone, iPad dan iPod Touch : Daftar iCloud dengan iOS 5
Cikgu Hairul says:
Beringat sebelum kena. Itu sebaiknya.
Juan says:
betul tuh bro, kekadang aku rimas juga dengan depa ni
Juan recently posted..Side Income 2012 | Passive Income – Perlu atau Tidak
Cikgu Hairul says:
Sekarang ni kalau ada panggilan serupa, saya letak je.
shraqs says:
Pengajarannya; jangan melampaui batas dalam apa jua yang kita lakukan
shraqs recently posted..Install Android Apps Di Windows PC
Tuan Tanah says:
Aduhai kesian nyer…mesti ada sebab yang dilakukan..:)
apapun takziah buat mangsa
Tuan Tanah recently posted..Pemberian BR1M adalah Pemberian Parti ? Setujukah
suri says:
klu silap ckp mmg aka ada yg terasa payah gak tu…
suri says:
hati2 setiap kata klu raya kurg yalin nak vkp baik diam dan berllu je huhu..
sabarlah pada org kena tu mungkin ada hikmah sebaliknya