Semalam aku nak renew salah satu domain yang aku ada. Tengah-tengah shoping tu keluar satu popup. Strategi bisnes godaddy dah mengena. Aku tertarik dengan promosi kali ni. Domain name cuma berharga USD 3.13 termasuk cukai. Biasanya godaddy akan buat satu domain untuk satu akaun, tapi kali ni dia bagi 3 domain.

Aku suka kongsikan code ni untuk pembaca blog cikguhairul.com. Satu peluang untuk blogger yang nak berdomain dot com dan untuk mereka yang nak buat projek-projek baru. Murah tu.. Sebelum ni masa awal tahun haritu aku sempat renew cikguhairul.com ni dengan harga USD1, apalagi sebat semaksimum mungkin la. So tak payah nak fikir renew untuk tahun depan.

Discount Code kali ni ialah goft006ec. Ini untuk pembelian baru je tau. Renew tak boleh. Lagi satu kena guna kredit kad. Guna debit kad tak dapek la kecuali debit kad tu dah register dengan godaddy.

Pengguna bijak akan sentiasa alert dengan coupon-coupon diskaun. Kalau beli dengan domain provider dari Malaysia paling kurang pun RM35. Tapi kalau beli di godaddy boleh jimat banyak tu. Cubalah transfer domain korang ke godaddy. Code tu pun boleh guna untuk transfer domain.

Tapi kan, coupon code tu cuma valid untuk pembelian sehingga jumlah 180000 domain je tau. So sapa cepat dia dapat. Wokeh jangan lengah lagi. Mari kita serbu godaddy.

Ada satu lagi coupon harga USD 2.49. Baru je aku jumpa. Yang ni valid sampai 11:59 15/4/2012. Kuota cuma 10000 je. Tapi satu domain untuk satu akaun. Cubalah apply code ni POTOGOLD.

Okes.. Selamat berdomain baru. Nanti kongsikanlah code tu samada valid lagi ke tak ye.

p/s: Domain banyak-banyak nak buat apa? Nantilah aku cerita..