Cerita pasal hosting lagi. Tak habis-habis dengan hosting. Iyelah, selagi duduk di selfhosting macam ni la ceritanya. Terpaksa melayan kerenah penyedia hosting yang sangat hampeh.
Ini cerita peribadi, saya yang kena. Mungkin tak sama cerita dengan orang lain. Setiap orang ada pengalaman sendiri berkenaan hosting. Bukan berniat memburukkan, cuma sekadar memberi peringatan untuk semua.
Hostemo.
Hosting ni saya sewa tahun 2005 tak silap. Waktu awal-awal semuanya ok. Tapi masuk bulan kedua hampir setiap minggu down. Kalau down mesti 3-4 hari. Sapa tahan? Kadang-kadang tengah update tetiba down. Tak ke gila camtu. Klimaxnya bila ip hosting tu disekat oleh TM. Bila saya call hostemo, mereka cakap masalah TM, bila call TM mereka kata ip mereka ada masalah. Taknak pening kepala, terminate la.
Mercumaya.
Lepas terminate hostemo saya ambil pakej dari syarikat ni. Masa order dah ada masalah. Berhari-hari domain tak boleh nak up. Call servis center tiada yang jawab. Ok takpe la. Ia bertahan selama setahun. Dalam masa setahun kalau ada masalah, punya la susah nak hubungi. Support tiket langsung tak ada balasan. Tak tahan dengan syarikat tu, saya tukar ke sealserver sampailah sekarang.
Jiwahost.
Namanya je dah buat saya sakit jiwa. Saya sewa hosting di sini untuk shopping shop yang saya kendalikan. Terjebak sebab promosi murah gila. RM20 siap dengan hosting dan domain setahun.
Lepas setahun saya renew. Sebulan lepas tu mereka hantar email kata domain dah expired. Aik! Dah renew tapi domain expired. Rupanya syarikatnya bankrup. So saya terlepas domain tu. Nak transfer tak boleh, apa pun tak boleh. Mereka sujjestkan tunggu 3 bulan baru boleh beli semula domain tu dengan syarikat lain dan pointkan ke hosting mereka. Apa!!!! Ini sudah bikin panas.
Saya tunggu je domain tu dijual semula dipasaran. Nak beli ikut jalan belakang punya la mahal. Sebab domain tu domain premium. Ok, lepas tiga bulan saya check di godaddy. Alhamdulillah saya dapat domain tu semula dengan nilai USD0.99.
Saya masih berada di sini sambil memendam rasa. Mungkin bila dah habis tahun nanti saya pindahkan ke tempat lain. Nak share dengan blog peribadi, saya takut bandwith tak cukup.
Inilah 3 syarikat hosting yang pernah saya jumpa. Pengajaran untuk saya, kalau nak sewa hosting tu, carilah yang dipercayai ramai akan kehebatannya. Dari segi uptime dan juga support service. Memanglah tiada satu hosting dalam dunia ni yang kebal, tapi at least support tu kena bagus. Barulah mereka tidak dilabelkan sebagai Hosting Paling Hampeh…
Pengalaman ngeri ni! Kalau tak diceritakan tentu ramai yang akan terkena..
Baca Post Menarik dari anif …Bila Sudah Jemu..
bila difikirkan semula, rasa macam nak guna blogspot berdomain sendiri je..
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Hosting Paling Hampeh Pernah Saya Jumpa
cikgu, serius tak pernah dgr nama2 hosting ni =)
apaun, mmg sakit kepala bila blog down tanpa apa2 amaran dan berita dr pihak hosting..
baik cikgu pindahkan ke hosting2 yg mmg boleh dieprcayai…
Baca Post Menarik dari hafizmd …Wordless Wednesday #22 Bagaimana kita?
Hahaha… kena rajin mencari. Ni hosting2 yg mendakwa hosting terbaik di Malaysia. Harganya pulak memang murah. Kalaupun mahal tapi spesifikasinya lagi power dari hosting2 ternama yang lain. Kalau tak masakan ramai yang terjebak. Takpe sekarang saya dah dok dalam hosting yang agak mesra alam juga la.
memang ngeri
hehehe.. Hati2 sblm terkena.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Hosting Paling Hampeh Pernah Saya Jumpa
ini mesti hosting yang murah-murah mcm rm10 – rm 30 stahun tu kan??
Baca Post Menarik dari Mister Joe …Cara meniru dalam peperiksaan yang popular (juga dikenali sbg “toyol”)
betul tu bro. Tapi yg no 1 dan 2 tu takde la murah. Cuma yg sakit jiwa tu je super murah.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Hosting Paling Hampeh Pernah Saya Jumpa
kesemua hosting yg tuan pilih mmg x glamer pun dikalangan blogger…
jd, bila kurang permintaan, selalu la buat hal sbb permintaan kurang, produktiviti pun jatuh jugak le…
Mungkin sebab tak glamer atau baru nak stat bisnes. Kira bertuah juga la dapat jumpa hosting camtu. Sebab tak ramai yang jumpa. Tu yg kena bagitau satu malaya. Hehehe
Betul tu..mmg 1 pengalaman ngeri sungguh kalo berhadapan dgn pihak hosting yang hampeh. Klu service x okey pun,tp derang ada support team yg bagus,tidak la sakit sgt hati kita nih kan?? Byr sewa utk 360 hari tapi klo down berhari2 dlm seminggu,sape nak tahan..
Depa nak bg discount ka?? tak kan..
P/s: Hosting perlu sediakan support team yg sedia berkhidmat 24 jam..baru lahg bagus service depa tuh. Jangan la main lepas tgn jep
Baca Post Menarik dari mak lagenda …DI PERSIMPANGAN ANTARA KEDUANYA
Susah nak cari yg support 24jam. Mereka juga manusia yg perlu tidur. Tapi takkan dari pukul 9 pagi sampai 6 petang masih tak dapat nak jawab call gak. Support tu yg no 1. Support hancus, dapat taraf hampeh la jawabnya.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Hosting Paling Hampeh Pernah Saya Jumpa
Wah, banyak betul hosting yang bermasalah. Sekarang saya pakai internet_webhosting, harap-2 bagus lah.
Baca Post Menarik dari Blog Asyraf …Mael Lambong Menarik Ditonton Walaupun Hanya Di Youtube
internet webhosting saya pernah juga berurusan utk clien. Support memang A. Call malam2 utk confirmkan pembayaran pun dia layan.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Hosting Paling Hampeh Pernah Saya Jumpa
Tak sia-sia la saya guna hosting provider tu yer.. ekeke..
Baca Post Menarik dari Blog Asyraf …Arsenal Home And Away Kit 2012/2013
Ramai blogger lain menghadapi masalah seperti ini. Di sarankan kepada mereka yang nak selfhosted sendiri pastikan hosting provider anda adalah syarikat yang kukuh. Boleh semak profil hosting provider dan juga rekomendasi dari rakan blogger yang lain sebelum terkena.
Kesian cikgu kita…
Ingatkan hosting yg tak fames je ada masalah camni. Rupanya bila cari review2 tentang hosting fames pun jadi masalah camni. Ikut nasib la. Kadang-kadang review pun susah juga nak caya. Dlm blog2 biasanya review ni cuma utk tarik trafik dan dapatkan komisyen jualan. Kena baca banyak review utk buat keputusan.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Hosting Paling Hampeh Pernah Saya Jumpa
pakai aje netkl atau hostgator. semua ni kaki makan cendol..
Baca Post Menarik dari titan …Laptop gua masuk hospital lagi..
Hosting cap buaya tu memang terbaik. tapi tak mampu sehh..
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Hosting Paling Hampeh Pernah Saya Jumpa
aku masuk geng titan dalam bab ni
hehe
Baca Post Menarik dari tehr …Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan
titan dah dapat geng.
nasib x pnh berhosting dgn penghosting yg bermasalah…stakt guna anjungcafehosting ni msh ok…support pun cepat if ada problem…
Baca Post Menarik dari Ibu Mifzal Arsyad …Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Seluruh Malaysia (1433H/2012M)
Bernasib baik sugguh Ibu ni kan.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Hosting Paling Hampeh Pernah Saya Jumpa
Saya guna Hostgator paling best. Apa jua masalah, petik jari, dah sampai assistant akan tolong saya, online chat. Support memang power dan disokong oleh banyak review positif. Saya memang puas hatilah guna HG. (in case kalau try HG, pm saya. Ada tawaran murah. promote

Baca Post Menarik dari LilyNrman …Ilham dari BESI, Agar Neuron Disuntik Inspirasi
Bertuah la kalau dapat hosting yang macam tu. saya je yg agak tak bernasib baik. rasa macam taknak guna hosting malaysia pun ada bila selalu jadi camni.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Hosting Paling Hampeh Pernah Saya Jumpa
Mimpi ngeri bila blog down 3-4 hari , lagi ngeri bila domain expired , susah nak dapat balik uuuu…
Baca Post Menarik dari puanbee …Sistem PBS di sekolah kakak
Domain saya yg expired tu nasib baik boleh dapat semula.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Hosting Paling Hampeh Pernah Saya Jumpa
kiranya cikgu ni mahir juga yer dlm dunia ict ni. pasti cikgu ada buat web utk sek? hehehehehe…..
Baca Post Menarik dari alieza dayasari …Adab Di Dalam Kelas
tak la pandai sangat. nak wat web sekolah? hehehe.. kan sekolah dah ada guru it. mereka la yg buat.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Hosting Paling Hampeh Pernah Saya Jumpa
Salam..
Maknanya kalau beli domain yang mahal seringgit dari kengkawan kita beli pun tape, asalkan tak pening. Tak gitu?
Baca Post Menarik dari Amar …Apple 1991
tak la camtu. domain jarang ada masalah. yang biasa masalah adalah hosting.
mangsa mercumaya gak ker?..huhu
Baca Post Menarik dari Jebeng Otai™ …Webp vs JPEG
Nak wat camna.. Jadikan pengajaran je la bro. Gatal sangat nak sewa kat situ haritu. Heheh
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Hosting Paling Hampeh Pernah Saya Jumpa
sama la..camne lak leh terpedaya..huhu
Baca Post Menarik dari Jebeng Otai™ …Perhimpunan Oren : Relevankah ?
cikgu, satu perkongsian yang baik kepada yang nak mencari hosting. moral of story jgn tgk pada harga murah saja
Baca Post Menarik dari halim …Worldshopperslink Review
support sangat penting. buat apa murah tapi jiwa sakit.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Kebaikkan Duit Baru
Saya tak pernah guna yg cikgu listkan tu. Setakat ini saya pakai netkl. Alhamdulillah… Setakat ni ok.
Baca Post Menarik dari daddydee …Harga Rokok Dijangka Naik Lagi
netkl pun ok. dah nak terkena nak buat camna.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Kebaikkan Duit Baru
net kl sati lgi lupa nama hosting terbaik tu huhu…pasni pindah ar bro..nak berblog tak syok huhu..
Baca Post Menarik dari suri …Elakkan Tauhu Tidak Masam
Sekarang dah agak selesa. Ini cerita dolu-dolu. Hehehe
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Kebaikkan Duit Baru
yg masalah pasal hosting satu hal..yg hack dek haru gak aduh…sabar yg bro..hrp nnti bt dpt kesimpulan pilih yg terbaik nnti.
Baca Post Menarik dari suri …Duduk Antara Dua Sujud
Hosting yang selalu kena hack tu tak boleh nak kata apa la. Dah dia punya owner taknak beringat. Walau kita letak rantai besar gajah sekalipun, tak boleh nak halang punya.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Kebaikkan Duit Baru
satu lg Malaysia Hosting 2u . aduhhh yg ni memang sakit kepala, jgn cuba host lah ngan diorang ni .
Baca Post Menarik dari Shah Zairul …Mungkinkah Google Jadi “Domain Registrar” ?
Bro dah terkono ke? hehehe. sabo je la.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Kebaikkan Duit Baru
begitulah kalu pakej murah jdinya mcm2 tak kena. yg terbaik sy guna xpenah down adalah netkl.. klik banner dkat sy punye blog utk tgok pakej dia…support ticket sy hantar tak sampai 5 minit berbalas. kalau renew domain lak tak yah tggu shari.. 10 minit domain dah aktif setting2 smua trus leh gune…laju dan terbaik punya servis

Baca Post Menarik dari Kazen …Wordless Wednesday 48 | Salam Ramadhan Buat Blogger
murah = confirm tak bagus. Mahal = tak semestinya bagus. Kena try berurusan dengan pihak hosting dulu sebelum membeli. kalau lambat balas sms/ email maknanya memang hampeh.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Kebaikkan Duit Baru
Nasib baik aku pakai blogspot berdomain sendiri.
Baca Post Menarik dari putera malam …Eyriqazz vs Denaihati
Itu lebih selamat buat masa ni.
scary nya. tapi tak pernah pulak dengar nama-nama syarikat hosting ni. hurmm~
entri ni bagus untuk rujukan sesape nak baru nak mula, elok-elok la dalam memilih hosting. beli kat serverfreak jela. netkl pun okay #eh hehe

Baca Post Menarik dari Zida …Ramadhan : Month of Barakah
sy surf dulu berkaitan hosting ni sebelum ganti, bukan sekejap.. lama gak.. so, ambik keputusan beli dari netkl. ok jugak..
Baca Post Menarik dari nurlyla …Paparan baru dalam stats blogspot.
wahhh..mcm tu pun ada?.cuba la inform awal2 klu bankrup ke apa kan cikgu?!…buat sakit hati……..eca beli domain je.ihosterz.com.So far,xde masalah =)
Baca Post Menarik dari ecadwinkyasha …Sumbangan Ikhlas Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz
saya sewa shared hosting dari Sempoi Hosting, sbeba kenal dengan owner syarikat ni . sejak start mengehos blog di situ dari tahun 2008, tidak ada masalah. Alhamdulillah. Kekadang terlambat bayar, dia bagi kelonggaran.
Baca Post Menarik dari iAwani …Langganan Percuma The Star ePaper Selama 6 Bulan Untuk Samsung Galaxy Tab
nasib baik ada org cerita pasal ni. kurang sikit blogger buat pilihan salah
Baca Post Menarik dari Oh! budu …cara block website lucah atau lain-lain lagi
Saya pun tgh mengalami masalah sama ngn jiwa host. Histing kene hack plak..sib baiklah beli just untuk trial buat e-commerce.tapi yang tak bestnya nak renew domain masalah sekrg.tgh dok cari hosting lain nak transfer domain.semua domain saya transfer kat jiwa host hari tu sebab murah.nampaknya sekrang kene transfer kepada comp.lain dah..Nak try NetKL lah kalo semua cakap oky..harga pun ok
Kena berpindah dengan Serverfreak tu, memang terbaik. hehe
saya juga pernah mengalaminya.
sekarang saya bersama BaitulBytes
Baca Post Menarik dari Mus …Pantai Tanjung Aru – Percubaan Dengan Lens AF-S 35mm & 300mm
Sila coba hosting yang ada dalam link nama saya,spesifikasi server boleh dilihat dalam laman mereka.Testimonia pelanggan berpuas hati semua
Mimpi ngeri la jika servis down.
Bab-bab hosting memang saya akan pilih berdasarkan pengalaman blogger otai malaysia.

Baca Post Menarik dari Asyrof Asri …Wordless Tuesday – Overseas Blogger Award