tumblr_mnk0b3FfoH1roozsno1_1280Terkebil-kebil tengok cebisan suratkaba semalam. Itu pun member yang tag kat facebook. Sayu hati bila diperlakukan begini.

Orang yang dipilih ingatkan dapat membela, tapi makin menekan. Nasib badan la wahai sahabat. Itu yang majoriti harapkan. Terima dan redho je la.

Pengumuman itu secara tak langsung memberi indikator kepada lepasan SPM agar jangan cuba-cuba nak jadi cikgu andai tak mampu menjadi orang cemerlang. Kalaupun terliur sangat nak masuk Institut Pendidikan Guru (IPG), bersedialah untuk tidak bekerja.

Bukan baru cadangan seperti itu dikeluarkan. Malahan 3-4 bulan sebelum pilihanraya lagi dah ada desas-desus. Bila ada khabar angin, Persatuan Majikan Swasta pun dah buat pengumuman “tidak akan mengambil graduan pendidikan bekerja”. Suratkaba mana yang melaporkan saya dah lupa. Tapi memang ada kenyataan itu.

Alasan yang diberi mungkin ada logiknya. Ramai guru tidak berkualiti dikeluarkan oleh IPG dan Universiti. Akhirnya generasi akan datang menjadi tak berkualiti juga.

Sekarang masuk IPG atau Universiti kursus pendidikan tidak menjanjikan anda sebagai seorang guru. Itu hakikat yang terpaksa ditelan. Malahan bila dah grad nanti, tiada satu pun syarikat swasta teringin nak ambik anda bekerja. Ini realiti. Jadi pilihlah kursus yang sesuai.

Masa masih ada. Kalau dah dapat tawaran, boleh fikirkan semula. Peluang pekerjaan lain lebih banyak. Kursus selain dari kursus bidang pendidikan menjanjikan lebih banyak peluang pekerjaan. Yang lagi bestnya, graduan lain-lain bidang juga boleh potong line graduan pendidikan ni melalui saluran-saluran gelap untuk jadi guru.

Nampak tak? Graduan pendidikan tak ada peluang kerja syarikat swasta, tapi graduan selain pendidikan ada peluang bekerja di sektor pendidikan.

Terimalah nasib!

SHARE ARTIKEL INI