Jom Mantopkan Diri

Assalammualaikum, dah baca buku ni? Tulisan Motivator kecil molek jejaka terakhir dari Muor ni kengkadang mengusik jiwa. Gaya bahsa yang santai tapi power buat aku terhibur. Selain “Jom Mantop”, dua lagi siri JOM yang popular ialah “Jom Mengetop” dan “Jom Jaguh”.

Dalam buku ni ada lebih dari 100 cerita motivasi. Banyak cerita Dr HM Tuah yang kebanyakkan diambil dari kesah sebenar dikongsikan kat sini.

Sejak zaman sekolah lagi aku selalu dengar Dr beri ceramah. Sekarang ni kalau nak dengar siri motivasi dari beliau cuba bukak SelangorFM. Setiap pagi dari jam 730 selang seminggu. Eheh.. Aku kat Jepun ni.. Mana boleh bukak SelangorFM. Jangan risau, selangorfm boleh didengar secara online. Tak caya? Cuba google selangorfm. Heheh saja nak promote.

Ok la. Nak dapatkan buku ni? Cari kat MPH, Kinokunia dan kedai-kedai buku seluruh negara. Cara mudah dan senang nak beli buku ni beli di MPHonline.

Kadang-kadang motivasi kita akan menurun kalau tak diberi booster. Nak masuk kerja malas, nak buat ulangkaji malas, nak bercinta pun malas. Ada baiknya kita dengar atau baca motivasi macamni. Bukan apa, kita kan nak jadi insan cemerlang. Oleh itu jom mantopkan diri mulai sekarang! Dah tak nak malas-malas lagi dah.

KHAIRUL AMRAN

Seorang manusia biasa yang menulis pandangan peribadinya di sini. Ada kalanya ia kelihatan kering dan karut kepada yang bukan ahlinya. Tulisan ini juga langsung tidak bersandarkan kepada mana-mana sanad dan kajian saintifik. Teruskan membaca di atas pilihan sendiri.

Latest posts by KHAIRUL AMRAN (see all)

Comments

Comment Policy:Your words are your own, so be nice and helpful if you can. Please, only use your real name and limit the amount of links submitted in your comment. We accept clean XHTML in comments, but don't overdo it please.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge