Jumaat datang lagi,
Seminggu sekali jumpa Jumaat,
Hari mulia penuh barakah,
Hari penghulu segala hari.
Ingatkah kita akan Jumaat lalu?
Terasa seperti semalam pergi ke masjid,
Mendengar bait bait kata dari Khatib,
Berpesan tentang Dosa,
Berpesan tentang Neraka,
Berpesan tentang Syurga.
Ingatkah kita?
Jumaat datang lagi,
Menanti pesan dari imam masjid negeri,
Untuk dijadikan pedoman nanti,
Moga hati menjadi suci,
Terimalah amal ini Ya Rabbi.



