Kaki Komplen Bulan Oktober

Hah! Biasanya kaki komplen dikaitkan dengan sifat negatif. Dalam blog ni aku baru nak wujudkan satu sagmen khas setiap bulan mengumumkan senarai kaki komplen yang rajin memberi komen. Kaki komplen di sini adalah orang hebat ye. Tak buruk laku sebab dianugerahkan kaki komplen.

Bulan Oktober ni Kaki Komplen dianugerahkan kepada Pacifista. Terima kasih banyak-banyak cikgu di atas kesudian memeriahkan blog ini. Aku tak menyediakan hadiah untuk pemenang. Belum mampu lagi macam kengkawan lain yang setiap bulan menyediakan giveaway kepada pembaca setia. Insyallah bila diizinkan Allah satu hari nanti akan aku buat juga anugerah beserta hadiah.

Tak lupa juga buat kaki komplen yang lain. Sumbangan kalian dalam memeriahkan blog ini sangat-sangat dihargai. Aku sedaya upaya memberi respon sewajarnya setiap komen yang diberi. Dengan kekangan masa dihadapi, percubaan terbaik setakat ni je la aku mampu buat.

Komen- komen yang diberikan banyak memberikan semangat kepada aku untuk terus berblogging. Kadang-kadang komen itu membuatkan aku terhibur dikala duka, terpujuk dikala merajuk. Sekali lagi terima kasih sahabat.. Besarlah harapan aku kita bukan sahaja menjadi sahabat di alam maya malahan sahabat di alam realiti.


4 thoughts on “Kaki Komplen Bulan Oktober

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge