Hai, selamat menyambut Tahun Baru Cina. Terutamanya buat Fong Wai Kit dan Ah Fatt. Hehehe. Macam la dua orang je sahabat aku yang berbangsa Cina. Ramai lagi, yang ni je mampu diingat.
Ramai yang dah meninggalkan Kota untuk pulang ke kampung halaman. Tersentuh hati tengok iklan petronas. Kena balik jugak jengok mak. Dengar cerita semalam jalan raya teramatlah sesak. Betul ke? Aku tak balik lagi. Mungkin petang ni.
Tahun ni tak banyak limau aku dapat. Ada pun cuma limau yang kecik. Tapi kan, tahun ni limau semuanya manis-manis belaka. Adakah sebab tahun naga? Apa kena mengena kan? heheh. Aku terfikir kenapa limau sinonim dengan Perayaan Tahun Baru Cina?
Ini adalah apa yang aku dapat dari sahabat-sahabat Cina. Limau adalah simbol perpaduan. Dengan menghadiahkan limau diharap akan menambah eratkan lagi hubungan kaum di Malaysia.
Cuba tengok limau. Ia disalut dengan kulit. Itu ibarat dunia. Di dalamnya ada pulak ulas-ulas yang bersatu membentuk bulatan. Dalam ulas itu ada pulak bahagian-bahagian kecil yang bercantum membentuk satu ulas limau.
Ia boleh diibaratkan sebagai dunia kita. Dunia yang terdiri daripada individu dan masyarakat. Jika bersatu akan cantiklah seluruhnya.
Pengajaran yang boleh diambil dari buah limau ialah PERPADUAN. Kita ni cuma ada sebuah negara je kan. Taknak la gaduh-gaduh. Ketepikan perbezaan pandangan Politik dan bersatulah dalam membina negara. Kalau kita bercakaran, sapa nak jaga negara kita?


Mama Murai says:
Assalaamu`alaikum cikgu,
kreatifnya simbolik mengenai limau tu, tapi saya lebih suka simbolik yang digunakan oleh petronas untuk menggambarkan perpaduan di Malaysia iaitu dengan menggambarkan negara ini sebagai air batu campur.
Setuju sangat cikgu, buat apa kita memilih pergaduhan sekiranya perpaduan itu terbaik untuk kita. Sempat ke balik kampung dan balik semula ke bandar dalam 2 hari?
Mama Murai recently posted..orang melayu, jangan ngada-ngada kahwin dan beranak-pinak tahun ini sebab taksub dengan tahun naga
Cikgu Hairul says:
Waalaikumsalam Mama,apapun simbolnya pasti cuma satu tujuan iaitu perpaduan. Takut sangat jadi negara2 yg huruhara tu kalau kita bertelagah kat sini.
Cikgu Hairul recently posted..Usaha vs Nasib
hafizmd says:
erm….sebab tulah saye masih tak faham, kenapa org kita suka sgt bergaduh bila berbeza pendapat. tiada semangat utk bersatu langsung
hafizmd recently posted..Bila suami merajukā¦
chii says:
bagus dia punya simbol kan..
kalo org melayu plak..ketupat rendang……
chii recently posted..Kacang Lupakan Kulit
Cikgu Hairul says:
Kalau ketupat ngan rendang saya belum jumpa lagi apa maksud tersiratnya.
Cikgu Hairul recently posted..Buat Duit Dengan Maklumat Peribadi
titan says:
sebab limau lebih kacak? hehe..
titan recently posted..Lelaki kacak biasanya memang kelakar.
Cikgu Hairul says:
Kacak tang mana tu titan? Bhahaha
Cikgu Hairul recently posted..Sindrom Takut
titan says:
kacak bab sedap la. haha..
titan recently posted..Perangai macam Nobita.
shraqs says:
Dlm negara yg pelbagai etnik & bansa cam Msia ni memang kita perlu pastikan perpaduan tetap utuh.
shraqs recently posted..Laporan Alexa Ranking MobilityWorlds Genap Sebulan
Cikgu Hairul says:
Tanpa perpaduan akan hancur negara..
Cikgu Hairul recently posted..Kenapa Nak Berubah?
fiezaradzi says:
setuju.. setuju.. lau asyik gaduh, negara pun tak maju.. baik kita duduk berbincang lau de yg tak kena.. kan lebih baik..
Cikgu Hairul says:
bila masing-masing keras kepala dan rasa pihak dia je betul tu yang jadi gaduh.
klcitizen says:
cantik simbolik yang diguna… tak terfikir sebelum ini

klcitizen recently posted..struggling to be a better muslimah
Cikgu Hairul says:
Mungkin cikgu lebih banyak lagi perumpamaan yang ada untuk menyampaikan maksud perpaduan.
hafizmd says:
Cantik sgt simbolik yg Cikgu huraikan tu. Ringkas tp jelas. Namun masih payah utk diamalkan.
hafizmd recently posted..Oh! Pengalaman Kena Denda di Sekolah Rendah Memang Best
Cikgu Hairul says:
Selagi semua orang tak sedar, memang susah nak dilaksanakan.
Ahmad Ijat says:
Nampak sedap pulak limau cikgu dalam gambar tuh.

Ahmad Ijat recently posted..Tempat Menarik Untuk Berbulan Madu
Cikgu Hairul says:
Limau free, memangla sedap.
Aya says:
I like limau…hehehe…
Aya recently posted..Ketuat Kelamin@ Genital Warts. Apa itu?
Cikgu Hairul says:
Sama la kita. Yang manis je la.. Heheh.