Kenyir, nanti aku datang lagi

TIK

Letih.. saya baru balik bercuti. Cuti lagi. Selagi cuti sekolah tak habis, selagi tu lah pengembaraan diteruskan. Boleh dikatakan percutian 4 hari 3 malam ni sangat seronok dan yang paling penting kena denga bajet.

Dalam holiday list kali ni pegi ke Kenyir dan Cherating. Sekali harung seiring sejalan. Taknak buang masa.

Saya cuma ikut panduan yang kakjie tulis ke Tasik Kenyir ni je. Selain tu saya ikut cakap GPS.Latitud 5.13462, Longitud 102.81003 (N 005° 8.077, E 102° 48.602)

Memandu lebih dari 6 jam sangat memenatkan. Sampai Lake Kenyir Resort and Spa terus check in dan merehatkan badan. Layanan sebaik saja sampai saya boleh bagi A+. Dengan senyuman, sapaan dan bantuan yang diberikan dapat mengurangkan kepenatan. Semua staff resort yang saya jumpa adalah orang Terengganu. Tak macam sesetengah resort, pekerjanya ramai orang asing. Tahniah!

Pihak resort ada menyediakan pelbagai aktiviti berbayar yang boleh kita pilih sepanjang percutin. Tengok cuaca, tanya bajet. Antara aktiviti yang ada lake Cruise, Lake Aventure, Joy Ride, National Park, Fishing, Elephant Tour, Bird Watching, Kelah Sanctuary dan Jungle Trekking.

Lake Cruise Aktiviti

Lake Cruise Aktiviti

Ingatkan ada la aktiviti berbasikal dan berkayak. Rupanya buat masa ni aktiviti berkayak dihentikan sementara sebab kayak rosak. Basikal pulak dah lama mereka hapuskan dari senarai aktiviti sebab ada kes jatuh gaung. Macam tu la yang saya dapat info dari staff resort.

Sekitar bulan Novmber dan Disember, Kelah Sanctuary ditutup. Menariknya di Kelah Scnctuari ni ialah boleh bermanja dengan ikan kelah. Tapi sayang la kan tak dapat nak pegi. Selain daripada aktiviti outdoor, indoor aktiviti juga disediakan. Volleball, tennis, swimming pool, telematach, tresurehunt, carrom, mahjong, congkak, dart, table tennis dan macam-macam lagi aktiviti yang boleh kita pilih ikut kesukaan.

Lawatan Air Terjun Saok

Lawatan Air Terjun Saok

Tips Berguna- Bergunalah sangat!

- Untuk pasangan yang nak honeymoon, dan taknak pegi ke mana-mana selain Tasik Kenyir, saya sarankan naik bas je. Dari Kuala Lumpur naik bas ke Tasik Kenyir (Pangkalan Gawi) cuma RM44.10. Kalau drive sendiri belanjanya agak besar.

- Aktiviti-aktiviti yang saya ceritakan tu pihak resort yang sediakan. Kalau nak murah, cari pakej sendiri di Pangkalan Gawi. Banyak gerai-gerai yang menyediakan pakej yang lebih menarik di sini.

Tempat Penginapan di Tasik Kenyir.

- Lake Kenyir Resort and Spa -136 Bilik.
- Petang Island Resort -27 Chalet.
- Kenyir Sanctuary Resort – 43 Chalet.
- Lake Land Resort – 22 Chalet.
- Uncle John Resort – 22 Bilik.
- Musang Kenyir Resort – 15 Chalet.
- Tanjong Mentong Resort – 8 Chalet, 1 Dorm.
- Federal Government Resthouse – 10 Bungallow.
- Kelah Rakit Resort – 15 Bilik.

Tempat/Aktiviti Menarik di Tasik Kenyir.

- Air terjun Saok.
- Tanjung Bewah.
- Air terjun Tembat
- Kenyir Island Hopping.
- Gua Taat.
- Gunung Padang.
- Gunung Gagau.
- Bukit Ceragau.
- Taman Herba.
- Air Terjun Lasir.
- Lata Terap.
- Petuang.
- Santuari Gajah.
- Gua Bewah.
- Gunung Bongsu.
- Gunung Gajah Terom.
- Santuari Kelah.
- Bukit Buang.

Banyak ilmu di Taman Herba ni.

Banyak ilmu di Taman Herba ni.

Kenyir adalah tempat sesuai untuk yang inginkan kedamaian. Bebas dari bunyi bising, jauh dari manusia dan dekat dengan alam sambil duduk kat koridor menikmati ketenangan. Rasa macam nak datang lagi ke sini next percutian.

Author: Amran

Aku seorang manusia biasa sama seperti yang lain. Semua tulisan di sini hanyalah pandangan peribadi aku. Ada kalanya kelihatan kering dan karut kepada yang bukan ahlinya. Tulisan ini juga langsung tidak bersandarkan mana-mana sanad dan kajian saintifik. Teruskan membaca di atas pilihan sendiri.

Share This Post On

10 Comments

  1. Tasik Kenyir ni saya belum sampai lagi…taktahu bila akan sampai nie hehehe

    Post a Reply
  2. Seronok dapat melancong cikgu. Aku tahun tak dapat pegi melancong sebab isteri tgh berpantang. Ini pertama sekali cuti sekolah aku tidak diisi dengan aktiviti melancong.
    Baca Post Menarik dari Aarman …Laman Web BulkPing Kena HackMy Profile

    Post a Reply
  3. kak jie masih kat Terenggnu. Hari Rabu naik bas ke Kenyir. Tiket harga rm 44.40.
    Suami jemput dan kami ke Chrerating juga. Tadi check out. Skrg ronda Kuala Terengganu. Tidur sini semalam..esok pagi balik KL dgn bas.

    Post a Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. Bagaimana Cuti Yang Lama Itu Kau Habiskan? - […] Kalau nak ronda-ronda tempat bersejarah boleh melawat Melaka. Kalau nak tenang, bawaklah ke Tasik Kenyir. Bagi yang nak kedinginan, …

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge