Setelah lama berkecimpung dalam dunia penulisan blog, saya dapati hampir seluruh kehidupan blogger ini amat memenatkan. Rutin hidup seorang blogger sangat memenatkan. Tapi disebalik kepenatan itu wujud satu kepuasan yang tak siapa dapat rasai kecuali blogger itu sendiri. Apa yang meletihkan sangat tu?

1. Blogwalking

Aktiviti ini memang memenatkan. Walaupun tak guna kaki untuk berjalan beratus batu, namun blogwalking diakui oleh semua blogger suatu perkara yang memenatkan. Ada sesiapa yang rasa tak penat? Sila tinggalkan komen..

Buktinya, ramai blogger kecundang dalam bab blogwalking. Cuma sekali sekala je muncul.

Walaupun muncul hanya sekali-sekala, namun percayalah ramai blogger yang telah work smart dalam aktiviti blogwalking ini. Siap ada yang upah orang tu..

2. Balas Komen

Ini pun satu hal. Tengok je la blog ni. Bukan selalu komen berbalas pun. Itu tandanya tuan punya blog sudah letih.

Membalas komen memerlukan idea dan jiwa. Bukan main balas ikut sedap tekak je. Pembaca juga kena dijaga perasaannya.

Ni baru sikit. Kalau blogger otai yang komen sampai beratus-ratus sehari tu, mesti komennya jarang berbalas.

Disinilah perlunya work smart sekali lagi. Balas komen yang berbentuk pertanyaan dan perdebatan. Kalau setakat penyataan, saya pun paham, kalau tak berbalas pun tak apa.

3. Buang Spamm komen

Spammer semakin bijak. Akibatnya kita jadi letih. Niat di hati nak memudahkan pembaca memberi pendapat di ruangan komen. Takde la letak captcha bagai. Tapi spammer bijak ni pulak naik lemak. Macam-macam software mereka guna untuk meninggalkan komen.

Sampaikan kengkadang kita tak dapat beza pun itu komen dari spammer atau dari pembaca sebenar. Jadi kitalah yang kena tapis satu-satu sampai lebam. Macam mana la tak letih.

4. Hosting Problem

Melayan hosting provider yang bermasalah juga memenatkan. Ramai kengkawan yang pernah kena kan? Kadang-kadang tu tiket tak berbalas berhari-hari. Masalah tak selesai berbulan-bulan. Penattttt..

Lagi sedih kalau ada advertiser yang berminat dengan blog kita. Tetiba down la pulak. Boleh rugi berjuta-juta ringgit tau. Masalah hosting ni tak boleh dipandang ringan.

5. Cari Idea

Idea menulis ni perlu dicari. Kalau bernasib baik idea akan datang sendiri. Tapi tak selalu dia datang bergolek. Tengah-tengah menulis pun idea boleh hilang. Itu yang meletihkan.

Penulisan yang baik bahan pun mesti kena baik. Ada orang tu sanggup pegi bercuti semata-mata nak cari idea menulis. Sambil menyelam minum air.

Walaupun semua lima perkara tu amat meletihkan, namun blogger tegar tak pernah patah semangat. Tengok la entry masing-masing. Paling busuk pun sebulan sekali mesti update. Komen dibalas, idea terbaik disajikan kepada pembaca.