Makanan Tak Halal Lagi : Betulkah?

Aku dapat satu email dari spammer yang mengatakan Butter Dari Newzeland Terdapat DNA Babi. Suka aku nak kongsikan benda ni sebab ia melibatkan pemakanan kita. Benda Haram jangan buat main-main. Masuk dalam badan suei oii.

Email tu siap bagi bukti Memo dari JAIJ. Kebenarannya masih kabur sebab dalam akhbar tak ada pun berita ni. Tapi kalau bab-bab Ehwal Islam ni mana mungkin orang nak sebarkan.

Katanya lagi, biasanya bahan yang ada DNA Babi tersebut digunakan di dalam kek Lapis Sarawak. Apa yang lagi mengejutkan adalah JAKIM telah mengiktiraf pihak Badan yang mengiktiraf makanan dari Newzeland tersebut. Masakan JAKIM tersilap pandang.

Antara bentuk produk Butter yang dikatakan ada DNA Babi tersebut macam gambar kat bawah ni.

Mohon kepastian dari sesiapa yang tahu akan hal ini. Minta kongsikan bersama ye. Tapi sebelum keluar pengesahan dari JAKIM jangan percaya dulu. Cuma kita ambil langkah selamat dengan tidak mengambil produk ini.

Hai la.. duduk dalam Negara Islam pun susah nak dapat makanan Halal. Sedangkan mencari yang Halal itu wajib bagi setiap umat Islam. Selagi kita tak bersatu bina empayar makanan berteraskan Islam, selagi tu la kita akan jumpa isu-isu macam ni.

Cikgu Hairul

Tak banyak yang mampu ku ungkapkan tentang diriku. Aku hanyalah seorang manusia biasa sama seperti yang lain. Semua tulisan hanyalah pandangan peribadi.

More Posts - Twitter - Facebook - Google Plus


7 thoughts on “Makanan Tak Halal Lagi : Betulkah?

  1. x tahu lh kesahihan dgn fakta nie… tp klau betul, bahya nie.. butter nie slalu org guna buat kek..

  2. kadang2 logo halal badan luarnegara pun ada yg disahkan oleh Jakim.kena check dulu lah..

    ini peluang orang kita nak berniaga sebenarnya.dan pengguna kena sokonglah barangan buatan orang Islam walaupun tak ada jenama.janji orang Islam buat.

    dan peniaga Islam pula kena pastikan produk bukan sahaja diproses orang Islam,tapi kebersihan kilang pun kena pantau.baru mudah dapat sijil halal..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge