Masa Sesuai Untuk Meminta

Meminta sesuatu dari manusia ni kadang-kadang dapat kadang-kadang tak dapat. Orang yang nak beri pun menengok-nengok sapa yang meminta. Kalau kena dengan seleranya maka diberilah orang itu bantuan.

Musim pilihanraya yang semakin membahang ini menampakkan beberapa projek dan barang pemberian diagih sewenang-wenangnya. Bersyukurlah wahai yang menerima. Berterima kasih lah kepada si pemberi. Terima-terima juga, jangan sampai terpedaya.

Apa yang kita tidak pernah minta juga kadangkala diberinya. Masa ini di kampung-kampung ramai pembesar negeri turun tunjuk muka. Padahal selama memerintah inilah julung kali dia mari. Kawan saya buat majlis kahwin di Kampung Kerinchi pun dua pembesar negeri turun. Masing-masing meraih sokongan. Meraih simpati agar tidak diketepi.

Di kampung tempat kelahiran saya juga ada pembesar negeri menunjuk muka. Tapi ini bukan julung-julung kali. Acap kali juga dia datang memerhati. Maklumlah kubu kuat. Kalau tak turun mau juga dia dipulau di tempat sendiri.

Tapi tak semua pembesar negeri berasa macam tu. Kampung Ibu Mertua saya juga diwakili oleh seorang pembesar negeri. Langsung tak tunjuk muka sepenggal ini. Walhal sepenggal sebelum, dia sering melawat kampung itu. Apakah tidak takut akan kehilangan kerusi?

Fenomena pembesar negeri menjenguk rakyat diam-diam susah nak jumpa. Zaman Khalifah dulu adalah. Mereka mencari-cari masalah rakyat jelata dan datang menolong tanpa dipinta. Sekarang sudah terbalik pulak. Mereka datang dengan sambutan yang luar biasa. Kena merayu sambil buat muka selamba.

Sambil-sambil minum kopi semeja dengan pembesar negeri, masa inilah pembesar kampung menyampaikan rasa hati anak negeri. Minta itu dan ini. Alhamdulillah seminggu dua lepas tu, sampai pegawai dari pejabat pembesar membawa berita gembira. Kamu dapat apa yang kamu minta.

Iya.. inilah kesah kita. Musim ini musim meminta. Musim ini juga musim memberi. Nanti sampai waktunya kita juga harus memberi. Takkan mereka memberi kosong tanpa makna.

Bersalahan dengan Yang Empunya Dunia. Mintalah apa saja pasti akan dapat. Memberi tanpa balasan dipinta. Memberi tanpa mengira siapa kita. Memberi berlimpah kali ganda dari apa yang dipinta. Itulah dia Maha Pemberi, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

KHAIRUL AMRAN

Seorang manusia biasa yang menulis pandangan peribadinya di sini. Ada kalanya ia kelihatan kering dan karut kepada yang bukan ahlinya. Tulisan ini juga langsung tidak bersandarkan kepada mana-mana sanad dan kajian saintifik. Teruskan membaca di atas pilihan sendiri.

Latest posts by KHAIRUL AMRAN (see all)

Comments

Comment Policy:Your words are your own, so be nice and helpful if you can. Please, only use your real name and limit the amount of links submitted in your comment. We accept clean XHTML in comments, but don't overdo it please.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge