Memperkasa Maruah

Saya malu menjadi sebahagian dari bangsa yang meminta-minta. Mana maruah diri kalian? Sudah diberi RM500, masih meminta lagi! Jangan marah andai kita dikata bangsa pengemis.

Memang tak dinafikan, masih ada golongan yang memerlukan. Hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Golongan itu yang perlu kita bantu. Bukan golongan yang gagah perkasa ni.

Ada yang nak melenting? Orang dah nak bagi, ambik je la. Kalau tak ambik bodoh namanya…

Sekali lagi saya tanya. Mana kalian letakkan maruah? Kan Nabi dah cakap, golongan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Kenapa kita taknak jadi golongan yang baik itu? Masih mahu bertongkat sampai mati kah?

Tidakkah kita malu, badan sehat, masih mampu bekerja, mampu mencari 2-3 ribu sebulan tapi berbaris panjang mengharap BR1M 2? Walaupun dikatakan layak tidak malukah dengan mereka yang benar-benar layak?

Minda kita masih di paras lutut. Susah sikit-sikit meraungnya lebih. Dalam poket ada duaribu, dikatanya takde duit. Bila kerajaan umumkan bantuan lekas-lekas isi borang. Ada juga yang sanggup menipu untuk dapat BR1M.

Walaubagaimanapun saya bersyukur. Saya masih mampu menyara keluarga. Terima kasih dan syukur sebab ada yang sudi membantu golongan susah. Lebih cantik lagi kalau yang dibantu itu golongan yang benar-benar susah.

Minta maaf pada sesiapa yang terasa. Bila dah terasa, marilah sama-sama memperkasa maruah. Jangan sampai nanti kita dilabel bangsa pemalas, pengemis lagi tidak bermaruah!

Cikgu Hairul

Tak banyak yang mampu ku ungkapkan tentang diriku. Aku hanyalah seorang manusia biasa sama seperti yang lain. Semua tulisan hanyalah pandangan peribadi.

More Posts - Twitter - Facebook - Google Plus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

  1. Ada yang mampu dan ada yang sanggup menipu semata2 RM500… Mengambil haq orang yang lebih berhak adalah zalim..tak akan berkat setiap $$$ yang dia dapat.takut, $$$ itu akan jadi musibah pula pada diri.
    Moga dijauhkan…

    Cikgu,dari bagi pancing lebih baik bagi jala..(^____^).tujuan sama,faedah berganda.berbaloi-baloi!!!

  2. inilah dinamakan sudah dapat paha mahu lagi badan..hehe, sepatutnya kita kena bersyukur dengan apa yang ada skrg.. bknnya asyik2 fikir pasal bantuan.. kalau tak diberi, mulalah kutuk kjan..
    Baca Post Menarik dari donnyien …Aku BercutiMy Profile