Pagi-pagi Sabtu, lepas solat subuh saya terus mengadap komputer. Rutin harian saya menyemak blog kalau-kalau ada komen dari kawan-kawan. Pagi ni sesuatu yang ngeri berlaku. Bukak je blog terpampang wajah yang paling ditakuti oleh para blogger. Terasa dunia blogging sudah kiamat.

Mengelabah kejap.. Dalam fikiran cuma tercari-cari bila kali terakhir saya backup blog ni. Dan ini kesilapan saya, saya jarang buat backup. Buntu seketika. Sambil otak ligat berfikir apa nak buat lepas ni, saya cuba mencari fail backup kot-kot ada saya buat sebulan dua kebelakangan.

Alhamdulillah pencarian saya menemui kejayaan. Backup terakhir saya buat pada 1 Februari 2012. Ada la juga dari tak ada.

Langkah seterusnya saya cuba mengeksess cPanel. Fuhh! lega rasanya. Biasanya kes-kes macam ni cPanel menjadi sasaran. Tapi kali ni password cPanel tak diusik. Saya dah 3 kali berhadapan kes macam ni. Dua kali password ditukar oleh penjenayah. Terpaksa mintak pihak webhosting reset.

Penyiasatan diteruskan. Saya cuba melayari blog sahabat-sahabat yang dihostkan di tempat sama. Pringgg… Sekali lagi kejutan. Sama macam blog saya. Apakah? persoalan demi persoalan menyelinap ke setiap saraf otak. Jadi tak keruan sekejap.

Selang beberapa minit, saya cuba tenangkan hati dan fikiran. Saat-saat genting macam ni (genting la sangat) fikiran yang terganggu akan menyebabkan kita hilang pertimbangan. Langkah terbaik ialah bertenang.

Bertenang……
Bertenang……
Bertenang……
Bertenang……
Bertenang……
Bertenang……
Bertenang……
Bertenang……
Bertenang……
Bertenang……

Alhamdulillah segalanya sudah berakhir. Berjaya restore segala apa yang ada melalui cPanel. Nasib baik pihak webhosting ada menyediakan backup setiap hari.

Pengajaran dan Nasihat.

  • Buat backup blog seminggu sekali.
  • Buat full backup di cPanel sekerap mungkin. Paling kurang sebulan sekali.
  • Pasang rantai dan mangga sedaya termampu.
  • Pasang cloudflare bukan bermakna blog anda selamat.
  • Tukar password yang kuat (strong). Kalau malas nak fikir boleh buat online di password generator.
  • Sentiasa kemaskini theme, plugin dan versi wordpress.
  • Buang theme dan plugin yang tak dugunakan lagi.
  • Sentiasa pantau fail-fail dalam blog kot-kot ada perubahan.
  • Sentiasa pantau event log di cPanel.

Ngeri sungguh di pagi hari,
Umpama kiamat sudah tiba,
Pengalaman ini saya kongsi,
Supaya korang tidak terkena.

Updated :

Blog ini baru sahaja direstore..