Latih Hati Untuk Jadi Kental

gunung

Sikit-sikit emo, sikit-sikit nangis. Pantang kena tegur, rajuknya berpanjangan. Muncung panjang sedepa. Boleh buat penyangkut baju. Latih la hati tu jadi kental sikit. Itulah gambaran orang yang punya hati tisu. Terlalu lembut dan mudah tersentuh. Hati tisu tak sama macam dalam hati ada taman. Itu mat jiwang. Hatinya sentiasa berbunga-bunga. Siap ada kupu-kupu lagi. Kengkadang rimas juga berhadapan dengan orang macam ni. Sentiasa nak kena pujuk. Sekali dua boleh tahan lagi. Kalau berkali-kali … [Read more...]

Malas Membaca Atau Buat-Buat Tak Nampak?

kucing

Orang Malaysia malas membaca? Entah la.. Melalui beberapa siri pemerhatian, saya dapati ada juga betulnya. Sudah ada papan tanda, masih juga sesat. Sudah ada peringatan, selalu juga peraturan dilanggar. Sudah ada tanda amaran had laju 80km/j, bawak juga 160km/j. Bila kena tegur, banyak pulak keluar alasan. Alasan biasa yang keluar dari mulut, tak perasan. Begitulah juga dengan tulisan kita. Pernah tak ada pembaca yang terus menyerang atau buat pertanyaan kat ruang komen, sedangkan semuanya kita … [Read more...]

Lemah Dalam Penyelesaian Masalah

penyelesaian masalah

Masa di alam persekolahan, cikgu sibuk mengajar penyelesaian masalah. Dari soalan Matematik, sampai kepada matapelajaran pendidikan moral pun sudah pasti ada terselit kaedah penyelesaian masalah yang cikgu ajarkan. Barangkali kita sudah lupa. Seringkali kita lihat cara manusia menyelesaikan sesuatu masalah dengan kaedah yang luar biasa. Saya nak tekankan tentang penyelesaian masalah ye. Bukan cara menghadapi masalah. Akhirnya apa yang kita lihat masalah tak selesai, masalah lain pulak … [Read more...]

Mengukur Nilai Patriotik Dalam Diri

google merdeka 56

Apa ye alat untuk mengukur nilai patriotik dalam diri? Ramai orang menilai patriotik dari sudut luaran. Adakah ia benar-bernar melambangkan sikap orang tersebut terhadap negaranya? Patriotik kalau diukur dengan cara ramainya orang mengibar bendera, maka tak ramailah orang yang patriotik. Tengok saja la kanan-kiri kita. Dah tanggal 31 Ogos pun masih belum ramai yang mengibar bendera. Sampai ada yang kena paksa kibar pun ada. Kereta-kereta pun tak banyak yang pasang bendera. Pelik jugak kan? … [Read more...]

Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Murid

erti kemerdekaan

Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Kalau cikgu tak masuk kelas, itulah kemerdekaan sebenar bagi mereka. Alah... kita dulu pun macam tu juga. Pantang je cikgu ada meeting atau tak masuk kelas, macam-macam permainan kita main bagi menyambut "kemerdekaan" itu. Pernah main tak permainan ni? Main bola sepak atas meja. Rupa-rupanya inilah permainan turun temurun. Permainan ini diwarisi dari genetik. Bukan diwarisi secara diperturunkan oleh generasi sebelumnya. Kalau perasan la, banyak permainan yang … [Read more...]