Pantai Teluk Kemang Pulih

Salam.. Salah satu tempat kunjungan hujung minggu bagi mencari damai di luar kota ialah Pantai Teluk Kemang. Terletak di daerah Port Dicksaon lebih kurang satu jam setengah perjalanan dari Kuala Lumpur naik kereta berkelajuan 110KMj. Saya pernah sampai ke sini beberapa kali. Kali terakhir Pantai Teluk Kemang sedang dalam mod baikpulih. Sekarang wajahnya benar-benar berubah. Bertambah kemas, cantik dan bersih.

Saya bertolak seawal pagi. Kalau lambat takut tak ada tempat nak lepak pulak. Hari cuti memang penuh dengan pengunjung. Sampai-sampai je terus cari tempat port selesa. Sekarang ni dah banyak pengusaha sewa canopy. Harga pulak diantara RM10-RM30. Dengan cuaca yang cerah, memang rugi kalau tak mandi-manda. Itulah aja aktiviti di laut. Mandi-manda sampai kecut-kecut jari.

Ini pun tak berapa ramai. Sebab ada Pesta Air di Pantai Port Dickson. Kat sana khabarnya lagi meriah. Dah puas mandi, saya cari hotel. Musim-musim Pesta Air sangat bertuah kalau ada hotel yang kosong. Mujur saya dah booking online. Jadi saya tak ada masalah. Boleh terus check in.

Saya menunggu malam tiba. Nak ambik gambar matahari terbenam. Lepas tu barulah bergerak ke Port Dickson..

Cikgu Hairul

Tak banyak yang mampu ku ungkapkan tentang diriku. Aku hanyalah seorang manusia biasa sama seperti yang lain. Semua tulisan hanyalah pandangan peribadi.

More Posts - Twitter - Facebook - Google Plus


10 thoughts on “Pantai Teluk Kemang Pulih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge