
Delima pelajar lepasan SPM yang kantoi atau cukup-cukup makan, nak sambung belajar full time dah malas tapi tak sambung nanti nak jadi apa? Sekarang pulak dah dapat kerja. Iyalah kalaupun tak sehebat mana pekerjaannya sekarang bolehla menampung perbelanjaan harian. Takderla mengharapkan mak ayah lagi.
Cerita pasal orang yang gagal SPM ni aku pernah bincangkan dalam entri lepas. Rujuk entri ini “Nasib Tak Baik Sapa Yang Gagal SPM” Memang aku cukup marah. Tapi nak buat macam mana. Semuanya dah berakhir. Jangan risau la ye bagi yang gagal SPM, walaupun anda gagal tapi anda masih boleh berjaya.
Begitu juga dengan lepasan SPM yang penuh dengan delima. Macam-macam hal mereka ni. Maklumlah orang tengah mencari identiti diri. Masalah menjadi berat nak tentukan samada nak belajar atau nak bekerja.
Kadang-kadang pekerjaan itu boleh melalaikan. Duit dah banyak, nak sambung belajar pun malas. Nak tak nak kena sambung belajar juga. Tau tak kat India sekarang ni dah belambak-lambak orang berijazah tak dapat kerja. Sebabnya sektor pekerjaan tak mampu memberikan tempat untuk mereka. Itu kat India. Kat Malaysia juga akan jadi macam tu. Tengoklah sekarang, mereka yang berkelulusan Diploma bersepah-sepah. Orang berijazah pun ramai yang tak dapat kerja. Kalaulah yang ada SPM tak nak sambung tak tau la nak kata apa.
Persoalannya nak sambung belajar tu macam mana? Dah la SPM pun kantoi. Takat cukup-cukup makan je. U mana nak ambik kan?
Jangan takut, jangan risau wahai teman sekalian. Wobderpet sentiasa ada untuk datang membantu dikala kesusahan. Banyak cara, banyak jalan untuk menuju kejayaan. Aku tak kata dengan SPM tak boleh berjaya ye. Tapi ni nak menyelesaikan permasalahan orang yang ada SPM cukup makan yang nak sambung belajar. Jalan kejayaan dengan hanya SPM itu lain hal. Perbincangan utama kat sini adalah nak sambung belajar.
Sebenarnya sekarang tak susah nak sambung belajar. Pilih je universiti atau institusi yang menawarkan Diploma. Part time diploma pun melambak-lambak. Universiti yang paling famous menawarkan Diploma secara part time ni ialah UTM SPACE. Cuba sekali sekala tengok laman web mereka.
Selain dari UTM, UiTM dan Politeknik juga menawarkan program Part time Diploma. Cuma sekarang pilihan di tangan kita. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.
Belajar secara part time memang banyak kelebihannya. Memanglah kita agak susah pada awal-awal pengajian. Belum biasa lagi tu.. kalau dah biasa InsyAllah tak ada masalah. Kelebihan utama belajar part time ni ialah PENGALAMAN. Bayangkan kawan-kawan kita yang sambung belajar full time bila abis blaja je nak cari kerja.. apa yang bakal majikan tanya? Mesti pengalaman. Anda yang buat part time Diploma ni of kos la dah ada pengalaman. Kan satu kelebihan tu. Senang-senang je nak dapat kerja.
Wokeh aku taknak banyak mempengaruhi korang dalam pemilihan jalan hidup. Yang penting adalah kemahuan kita. Aku pun pernah belajar secara part time. Memang banyak kelebihan. Percayalah.. Insyallah korang akan jumpa kemanisan dalam menjalani pembelajaran secara part time.
Blog Cikgu Hairul Menulis untuk keabadian
Saya dah kerja dan tengah cari peluang nak sambung belajar. nak sambung degree. kat kelantan ni tak banyak peluang degree part-time. saya cuma nampak OUM. Tapi dengan yuran yang agak mahal saya kena tangguh dulu nak sambung…
Baca Post Menarik dari Zil-el-Saif @ The Encik Saif …Pantun Sikit…
Kalau OUM memang best. Tak payah datang kelas selalu. Tapi duitnye je la yang nak kena sedia.
ermm… dah nampak dah pilihan saya. termasuk course yang nak ambik. cuma perlu sedikit masa lagi…
Rasanya bekerja dan membuat part time diploma dalam masa yang sama perlukan pengorbanan yang agak besar.
Maklumlah disaat sepatutnya menikmati sepenuhnya hasil titik peluh, terpaksa pula memperuntukkan sebahagian untuk kos belajar.
Syabas bagi mereka yang telah berjaya dan sedang melakukannya..
Baca Post Menarik dari anif …Coffee May Reduce Breast Cancer Risk
korek je duit EPF..
takde salahnya. ada keinginan, boleh je buat.
Baca Post Menarik dari titan …Komisen kedua dari Bidtraffic
“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” Power betul bidalan orang lama kan?
KENAPA EKSEKUTIF DIPLOMA UUM
Program Diploma Eksekutif telah direkabentuk dengan kerjasama Pusat Pembangunan Eksekutif Universiti Utara Malaysia khusus bagi para pekerja yang berminat untuk mempertingkatkan pengetahuan dan tahap kemahiran dalam bidang pekerjaan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan peluang kerjaya dan kenaikan pangkat dengan melatih para perserta supaya layak untuk memegang jawatan yang lebih tinggi dalam sesebuah organisasi.
KEISTIMEWAAN PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF
~ Sukatan Pelajaran berdasarkan keperluan industri
~ Tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkelulusan
~ Kelas pada hujung minggu
~ Peluang peningkatan dalam kerjaya
~ Penilaian melalui tugasan dan kerja kelas
~ Satu modul dikendalikan di UUM, Kedah
JANGKA MASA KURSUS
~ 15 bulan
SYARAT KEMASUKAN
~ SPM dengan minima tiga tahun pengalaman bekerja*.
~ Kelayakaan akademik lain yang diiktiraf oleh UUM.
*Tertakluk syarat-syarat ditetapkan
KAEDAH PEMBAYARAN/METHODS OF PAYMENT
~ KWSP /EPF
~ Bulanan / Monthly Instalment
~ Tunai / Cash
Program yang ditawarkan;
Executive Diploma in Business Management & Leadership
Executive Diploma in Human Resource Management
Executive Diploma in Manufacturing Management
Executive Diploma in Office Administration
Yuran Kursus
PendaftaranRM 250.00 (register)
Yuran kursus RM 7,700.00
Kuliah
Sabtu 9.00 pagi – 7.00 petang
Ahad 9.00 pagi – 7.00 petang
Lokasi Kuliah
KAJANG SENTRAL near UNIKL
Pertanyaan dan Permohonan Hubungi:
Hayati Ghapa
Mobile: 012 – 2044552
Komen ke iklan nih… huh!
Komen ke iklan nih… huh!
hamba nak try submit yg utm space tu..tp x tau la dpt ke x..kalo ade rezeki,insyaallah..korbankan masa,tenaga,duit utk 4 thn dgn blaja part time utk life yg lebih baik(hajatnya)…
insyallah dapat
Bagi saya program Diploma Eksekutif yg d tawarkan oleh UUM lebih sesuai bagi golongan yang b’kerja & yuran pengajian pun amat berpatutan… x perlu bagi tekanan pada diri utk menghadapi paper test, walhal kita sendiri pun dah pening memikirkan hal2 d tempat kerja/pejabat…yang paling penting kebajikan para pelajar amat d titik beratkan, penginapan & jamuan d sediakan bagi pelajar yang tinggal di luar bandar, so x perlu rush hour untuk ulang-alik dari tmpt tgl/kerja semata-mata tkt x dapat attend kelas…
oh ye ke?
Yuppp”! Kelas hanya sbln sekali (Sabtu&Ahad) so lebih-kurang dengan tawaran yang di berikan oleh mana2 IPTS yang ada d malaysia…
nk tnye ckt,if mek diploma at utm space 2,pe syarat2nye ye?if spm xbgus leh msuk ke?
kalau spm tak bagus boleh je masuk jika ada pengalaman bekerja. boleh tgk syarat2 tu kat spaceutm.edu.my
owh…die nk 3 thun pglaman kje la plak..stahun pn lom pai lg..umo da lanjut lak..huu
salam..
kalau sy..sy nk wat part time degree kt OUM..bagus x OUM..knape ad org pndg sebelah mate jer?..
skunk sy perlu kn duwet dn pnglamn..sebb tu rce mlas nk full time degree di IPTA walaupon sy dpt…
sila beri pandangn..
OUM bagus dari segi masa belajar. Sebabnya tak perlu datang kuliah setiap minggu. Cuma datang bila perlu je. Orang pandang sebelah mata sebab banyak programnya tak diiktiraf oleh MQA. Saya rasa lebih full time sebab tempohnya tak lama berbanding part time.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Shopping Raya
paling manis adalah bila tiap-tiap minggu kelas..pas habis study sabtu ahad jad gile kejap..sebab bfkir apa nk wat..klau sebelum ni sabtu ahad penuh dgn kelas dr pagi sampai ke malam..paling best student pjj ni sng sgt2 nk lulus exam tak macam full time student..yg penting assingment hantar, kuiz buat & paling penting attendance kelas kena cantik dan final kena amik..kurang2 pn 3.75 lecturer bg..
yezz betul tu, lec nak tengok kesungguhan kita dapatkan ilmu tu je. sebab kita dah dewasa, tak perlu la nak mengingat sangat.. cukuplah tau kat mana nak kita dapatkan sesuatu tu bila memerlukan. lecturer pun manusia juga..
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Berhenti Berharap
ada terfikir..gak nk sambg blaja sambil keje,,tp klu result spm dh kantoi giler…giler..nk ke diorg ambil kita blaja…
Erm rasa mcm xdak harapan jerr
boleh je. sekarang ni OUM ada ambik student dengan pengalaman kerja. tak payah sijil pun.
executive diploma ni laku tak nak apply keje? duk plan nak ambil executive diploma in management..ada sesape yg dah ambil course ni dan tahap kelakuan di pasaran..
laku jer. Ada juga kawan yang ambik exec dip ni. untuk cari kerja tak pasti la. tapi untuk peningkatan dalam kerjaya sedia ada itu pasti boleh.
Pada pendapat saya, part time belajar lebih baik sebab anda boleh apply benda benda yang anda baru belajar.
betul tu.. Tapi masa agak lama la nak abis.
Oum tu tak di iktiraf MQA ke?
Ala, kte bru je apply.. betul ke??
Baca Post Menarik dari Syida …Hati – hati beli Handfone di Kompleks Kota Raya.
tak semua diiktiraf. Syida kena cek dulu kat MQA. Atau tanya terus dengan OUM.
Ambillah kursus yang betul2 sah diiktiraf supaya tidak terkilan dikemudian hari. kalau nak saya ada jalankan program BBA (hons) yang boleh disiapkan secara part-time setahun setengah je. Diiktiraf MQA dan JPA.
Pelajar saya di KL ada yg datang drp Temerloh kerana kuliah cuma 2 hari sahaja dlm sebulan.
Seeloknya Encik boleh kongsikan program BBA tu ye. Untuk lepasan spm yang pening nak ambik kursus apa utk masa depan mereka nih.
Assalamualaikum Cikgu. Saya bercadang untuk mengambil Eksekutif Diploma Bahasa Inggeris Di UTHM.Saya ingin bertanya adakah eksekutif diploma ini diktiraf MQA/JPA?
Wslm,
Biasanya program2 anjuran IPTA ni memang diiktiraf oleh MQA dan JPA. Untuk lebih jelas cuba buat semakan di web MQA.
Assalamualaikum cikgu khairul,
Saya ada masalah sikit nak minta tolong. Saya memang nak sambung belajar, cuma saya tak tahu mcm mana nak apply jer..
Sekarang ni saya cuma ada SPM jer, x lebih drpd itu, dan sudah bekerja di sektor awam baru 3 tahun dan baru sah jawatan. Oleh sebab dah ada komitmen, saya x boleh berhenti kerja sebab takut takda duit nak tanggung kos hidup. Jadi saya bercadang utk sambung belajar secara sambilan/luar kampus/apa2 cara yg boleh dibuat sambil saya bekerja.
Saya nak minta tolong cikgu tunjukkan cara nak minta sambung belajar ni, kalau ada taw mana2 tempat yang boleh kita apply study…
boleh send kat e-mail saya : [email protected]
Harap dapat bantu, TQ
salam,
cikgu,nak tnya..sy ingt nak smbg bljr buat degree part time..ada cadangan tak tmpt bljr?selain OUM.dan nak tnya uni mana ada buat degree executive?dan klo boleh nak more explanation about degree executive ni,,,sama mcm degree pjj ke?
Salam,
cikgu saya nk tya ckit…klau smbg pjj kt utm space….pengajaran dlm bm ke bi?
Wslm,
Setakat ni masih menggunakan BM.
Faham dengan kriteria MQA yang begitu rumit untuk ED program. Tetapi, tak semestinya ED yang tak diiktiraf MQA tak bagus. Ia terpulang kepada objectif individu itu sendiri samada untuk berkerja degan kerajaan ataupun swasta. ED sebenarnya berorientasi vokasional dan industri tahap 4 dan yang sebenarnya diiktiraf oleh industri e.g. logistik , pengurusan operasi dan pengilangan. terdahulu ED adalah program yang sudah lama wujud di negara negara maju e.g. UK, Germany dan USA e.g CILT, CIPS. Di malaysia baru sekarang nak mula, tapi impaknya cukup positif. Secara jujur dan dari pengalaman banyak eksekutif dan pengurus di MNC ialah pemegang ED.
Manusia sentiasa belajar dan terus belajar.
Walaupun hakikatnya telah tamat SPM, Diploma atau Ijazah.
Manusia tetap sentiasa belajar.

Baca Post Menarik dari Asyrof Asri …Wordless Monday – Think Outside The Box Program
Sekarang, sudah banyak institusi IPTA mahupun IPTS yg tawarkan kursus diploma separuh atau sepenuh masa.
Tinggal pilih nak ada kemahuan jer. Takde alasan lain =)
Baca Post Menarik dari hafizmd …Doa Petua Demam Panas & Demam Campak
Sy dah ada Executive Diploma in Plantation Management & Technology kat Universiti Malaysia Pahang, kira2 sy nak sambung study ke peringkat degree cuma masa tak dapat dibahagikan study and work sb sibuk sgt dlm pekerjaan, apa lg sy skg ni baru jg naik ke jawatan Assistant Plantation Manager…Minta pandangan……
Kalau macam tu, oum pilihan terbaik. Pembelajaran secara online dan kurang perjumpaan. Cuba cari kursus yg bersesuaian di oum.