Pengalaman buat part time degree di SPACE UTM -Part 1

Sudah lama nak ceritakan pengalaman buat part time degree di SPACE UTM. Sejak grad haritu asik tertangguh atas beberapa sebab yang saya pun tak pasti.

Sejak saya memberi komentar berkenaan part time diploma baik atau tidak, bertalu-talu soalan dilontarkan kepada saya. Antaranya meminta saya ceritakan pengalaman sepanjang belajar dan bekerja.

Saya faham, kenapa persoalan itu sering ditanyakan. Belajar dan bekerja dalam satu masa memang memerlukan pengorbanan besar. Lima tahun saya tak kenal jiran tetangga dan saudara mara. Peritnya memang terasa sampai sekarang.

Belajar di SPACE UTM tak sama dengan belajar pengajian jarak jauh (PJJ) atau belajar part time di universiti lain. Saya melihat ini sebagai satu kelebihan walaupun bebanannya dirasai oleh pelajar. Apa taknya, kelas bermula seawal hari Sabtu pagi sehingga Ahad petang setiap minggu tanpa gagal.

Di universiti lain, mengikut pengalaman rakan-rakan yang buat PJJ atau part time memang jauh berbeza. Biasanya kelas dibuat pada hari bekerja selepas waktu bekerja. Ada juga yang kelas hujung minggu, tetapi sebulan sekali je. Nampak macam tak membebankan. Pada saya yang agak malas nak belajar sendiri-sendiri, mungkin ia tak berapa sesuai.

Amali Memasak

Perbezaan ketara yang saya nampak ialah jumlah pertemuan dengan pensyarah dan silibusnya. Di SPACE UTM, silibus yang digunakan sama macam yang digunakan oleh pelajar arus perdana (full time). Bayangkanlah pertemuan dengan pensyarah selama lima hari pelajar full time dipadatkan dalam masa dua hari Sabtu dan Ahad. Ia sama dari segi isi pelajaran, asigmen, amali,tutorial dan final exam. Seronoknya di sini ialah tiada beza antara pelajar part time dan full time.

Itulah sedikit gambaran awal pengalaman saya belajar part time di SPACE UTM. Untuk part 1 ni saya cuma ceritakan beza belajar di SPACE UTM dengan di universiti-universiti lain. Akan datang saya cuba bawakan beberapa aktiviti yang dilakukan semasa saya belajar.

Cikgu Hairul

Tak banyak yang mampu ku ungkapkan tentang diriku. Aku hanyalah seorang manusia biasa sama seperti yang lain. Semua tulisan hanyalah pandangan peribadi.

More Posts - Twitter - Facebook - Google Plus


11 thoughts on “Pengalaman buat part time degree di SPACE UTM -Part 1

  1. mcm mana dri segi sosial life….memang kene bekorban habis2san ke????…masa untuk kawan2…family…..kerje 5 hari seminggu sabtu dan ahad plak ade kelas tiap2 minggu tanpa miss…..perhhh….lngsung xde peluang beriadah…….ataupon mcm mne????

    • Pengorbanan memang perlu. Macam tu la yang terpaksa dilalui. Sebenarnya ia akan mengajar kita menghargai masa. Kalau ada masa terluang, cuti sehari pun mesti kita akan manafaatkan sebaiknya.

  2. salam cikgu…sy bru je nk smbung degree utk kemasukan bln febuari 2013 ni…ape pndapat cikgu mengenai belajar part time ni..??ape tips2 utk memudahkan pelajar part time ni ??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge