Perancangan cuti sekolah, apa aktiviti anak-anak?

Hari ini hari terakhir persekolahan. Suasana suram, sepi, tak bising macam biasa. Saya dapat rasakannya pagi tadi semasa menghantar isteri ke sekolah. Sebilangan besar murid sudah bercuti awal, seperti sekolah ini ibu dan bapa mereka yang punya.

Mujur saya belum posting lagi. Kalau sudah, dah tentu saya akan dipersalahkan kerana tidak berjaya mengurangkan kadar ponteng sekolah. Lebih-lebih lagi selepas waktu peperiksaan dan hujung-hujung musim persekolahan seperti ini.

Esok atau lebih tepatnya hari ini bagi negeri-negeri kumpulan 1 sudah mula bercuti. Anak-anak pasti gembira. Saya percaya, kegembiraan itu cuma mampu bertahan seminggu dua. Selepas itu mulalah cari pasal.

Sebagai ibu-bapa yang perihatin, waktu cuti sekolah seperti ini akan dimanafaatkan sebaiknya. Cuti tahun yang berbaki atau sengaja diperuntukkan untuk cuti sekolah mula dihabiskan. Pastinya banyak tempat menarik akan dilawati. Keluarga yang berada, luar negara menjadi destinasi. Keluarga yang kurang berada, dalam negara pun cukuplah untuk mengembirakan anak-anak selepas setahun bergelumang dengan sekolah.

Teringat cerita dulu-dulu. Asal cuti sekolah je, mesti cerita balik kampung duduk dengan nenek. Kat kampung macam-macam aktiviti boleh dilakukan. Tapi sekarang jarang dah dengar cerita balik kampung waktu cuti sekolah.

Perancangan cuti sekolah sebaiknya dibuat awal-awal. Maklum sajalah, tempat peranginan mengenakan caj berganda pada musim ini.

Sekarang musim tengkujuh. Berhati-hati kalau nak berkelah di laut. Musim hujan pun ada juga. Kawasan sungai dan pergunungan yang ada air terjun sangat bahaya. Kalau boleh elakkan ke tempat-tempat seperti itu.

Sebulan lebih bercuti, takkan ibu-bapa nak bercuti juga? Tuntutan kerja biasanya tidak membenarkan kita cuti lama-lama. Lainlah cikgu kan.. itu pun minggu pertama dan terakhir kena bertapa di sekolah. Jadi apa perancangan untuk anak-anak untuk mengelakkan mereka buat hal? Sudah ada perancangankah? Takkan nak biarkan anak main game dan tengok tv sepanjang masa. Otak boleh jadi lembab tau.

Banyak pilihan program cuti sekolah pihak kerajaan dan swasta anjurkan. Terpulang kepada kita untuk memilih program apa yang sesuai untuk anak-anak. Bagi saya, aktiviti berbentuk kem yang membentuk sahsiah diri sesuai untuk dihadiri. Cuba elakkan hantar anak ke kelas-kelas sama macam persekolahan. Contohnya hantar anak tuisyen. Ini akan memberi tekanan kepada anak. Bayangkan, selama 10 bulan mereka menghadap muka cikgu, cuti sekolah pun nak menghadap muka cikgu juga? Mesti tahun depan mereka bosan dengan cikgu.

Untuk memilih program yang sesuai dengan anak, kenalpasti dahulu apa kelemahan anak-anak. Tak pandai membaca, masuk kelas membaca, tak reti mengaji, hantar anak belajar mengaji, anak tak minat beribadah, hantar anak ke kem ibadah. Semua tu banyak dianjurkan. Aktivitinya pun menarik dan santai.

Semua perancangan aktiviti untuk anak-anak mesti bermula awal. Kalau boleh dalam minggu ni juga. Bila dah ada perancangan mudahlah nak kawal. Kita takut kejadian yang tak diingini berlaku. Bukan sahaja di tempat percutian, malahan di rumah sendiri pun kena berjaga-jaga.

KHAIRUL AMRAN

Seorang manusia biasa yang menulis pandangan peribadinya di sini. Ada kalanya ia kelihatan kering dan karut kepada yang bukan ahlinya. Tulisan ini juga langsung tidak bersandarkan kepada mana-mana sanad dan kajian saintifik. Teruskan membaca di atas pilihan sendiri.

Latest posts by KHAIRUL AMRAN (see all)

Comments

  1. says

    hehe.. sebenarnya cikgu2 lebih suka pelajar cuti awal.. sebab biasanya hari terakhirnya yang nak jadi pergaduhan, baling telur, tepung, pecahkan kerusi meja.. DLL.. inilah situasi hari akhir persekolahan di sekolah harian biasa.. so cikgu2 kena meronda satu sekolah utk elak benda2 mcm ni berlaku dalam sekolah..

Comment Policy:Your words are your own, so be nice and helpful if you can. Please, only use your real name and limit the amount of links submitted in your comment. We accept clean XHTML in comments, but don't overdo it please.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing