Perokok tak boleh masuk Universiti

pelajar hisap rokok

gambar dari utusan malaysia

Ada dua maksud dengan tajuk yang saya tulis. Pertama memang semua dah maklum, ada undang-undang yang melarang merokok dalam kawasan universiti. Semua tahu universiti adalah kawasan larangan merokok. Keduanya belum ada pewartaan. Apa kata kalau kementerian pengajian tinggi meletakkan syarat permohonan hanya diterima dari kalangan mereka yang tidak merokok?

Saya melihat ada keperluan dalam melaksanakan undang-undang sebegini. Ini kerana masalah merokok sudah tidak dapat dibendung lagi. Ramai pelajar secara terang-terangan menghisap rokok. Kalaupun bukan di dalam kawasan sekolah dan universiti, merokok di luar dah jadi satu kebiasaan. Lebih parah lagi, pelajar perempuan juga terlibat.

Kadang-kadang undang-undang lebih keras perlu untuk menyekat sesuatu gejala buruk. Takkanlah ibu-bapa nak tengok permohonan anak-anak mereka ke universiti gagal. Sudah semestinya ibu-bapa akan turut sama membantu menangani gejala ini dengan mengawal aktiviti anak-anaknya. Kebanyakkan ibu-bapa hari ini menganggap mendidik anak adalah tangungjawab guru. Anaknya melanggar disiplin, cikgu juga yang dipersalahkan.

Untuk menyekat gejala menghisap rokok ini berterusan ke generasi akan datang, saya rasa wajar perokok tidak dibenarkan mendaftar di universiti. Untuk permulaan mungkin universiti awam boleh memulakan langkah awal. Tapisan demi tapisan mesti dan wajib dilaksanakan agar perokok tidak terlepas mendaftar. Sebelum mendaftar, pemeriksaan doktor perlu mengesahkan bakal pelajar bukan seorang perokok. Bukan susah pun nak laksanakan. Cuma perlu ada sedikit keyakinan di pihak penggubal. Insyallah kita akan berjumpa satu generasi tanpa rokok satu hari nanti.

Cikgu Hairul

Tak banyak yang mampu ku ungkapkan tentang diriku. Aku hanyalah seorang manusia biasa sama seperti yang lain. Semua tulisan hanyalah pandangan peribadi.

More Posts - Twitter - Facebook - Google Plus


17 thoughts on “Perokok tak boleh masuk Universiti

  1. Ide memang menarik & logik bro. Kekangan & tentangan yang paling utama nanti datangnya dari bahagian golongan yg bakal menggubal dasar itu sendiri nanti. Banyak ide yang bernas biasanya tidak terlaksana disebabkan bertentangan dengan kepentingan golongan2 tersebut. IMHO

    Cikgu mesti faham sangat apa yang saya maksudkan!
    Baca Post Menarik dari shraqs …Peluang Dapatkan Akaun MaxCDN 1TB PercumaMy Profile

  2. Memang bernas. Tapi bila byk pihak yg berkepentingan peribadi berada di dalam undang2, agak sukar la..
    Guru2 sekarang pun ramai yang merokok. Selisih tepi je pun dh dpt hidu bau busuk tu…

  3. menarik..tapi bagi aku susah nak laksanakan..satu sebab rokok nie ada nilai wang di situ..income kepada ekonomi negara dalam bentuk cukai..kalau betul2 nak laksanakan, kena buang puncanya..satu lagi perokok nie degil..fatwa kata haram pun mereka tetap merokok..undang2 Tuhan lagi dilanggar apatah lagi undang2 manusia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge