Plagiat Tesis Dapat Dikesan

Plagiat dalam penulisan semakin popular dalam kalangan pelajar Universiti. Pihak Universiti sampai sanggup mengeluarkan sejumlah perbelanjaan untuk mengesan plagiat dalam assigmen pelajarnya. Biasanya blog menjadi mangsa kepada aktiviti tak sihat ini.

Apakah sebenarnya plagiat? Plagiat menurut DBP adalah mencedok kata-kata  atau karya orang lain dan menggunakannya sebagai karya sendiri. Plagiat ini sudah menjadi barah dalam sastera. Ingat lagi tak pada berita sensasi suatu waktu dulu. Sebuah universiti yang heboh isu plagiat. Isu sekitar tahun 1990 itu sangat memalukan institusi pendidikan.

Itu cerita dulu. Zaman sewaktu kurang penulisan di internet. Sekarang mesti lagi parah. Tesis hanya copy dan paste. Assigmen cuma print sebijik-sebijik dari blog orang lain. Di mana kejujurannya?

Jangat ingat bila kita plagiat tesis orang lain, ianya tak dapat dikesan. Semua universiti dah ada perisian untuk melihat darjah plagiat dalam tesis yang dibuat. Langkah selamat ialah kita buat sendiri tesis tu. Jangan copy-copy.

Sekarang banyak laman web yang menyediakan khidmat untuk melihat darjah plagiat sesuatu artikel. Cuba tengok-tengok kat sini.

Beringat ingatlah ye wahai pelajar-pelajar Malaysia sekalian. Anda diperhatikan.

SHARE

Comments

  1. Peace says

    Cikgu, macam mana pula dengan guru melakukan plagiat atas kertas kerja/penyelidikan orang lain? Di peringkat sekolah saya rasa tak ada yang nak periksa bab plagiat ni.

      • Peace says

        Dari pemerhatian saya, di peringkat sekolah, guru2 lama agak liat untuk belajar menggunakan komputer. Saranan saya, guru perlu fleksibel dan mengadaptasi teknologi baru untuk penyampaian ilmu yang pelbagai. Tidak dinafikan cara lama pun pelajar boleh score, tapi teknologi tidak wajar diketepikan. Seorang guru juga tidak terkecuali untuk sentiasa menambah ilmu.

        Pelajar pula, facebook pandai, tapi bila buat kerja kursus tak reti. Ada jugak yang upah orang buat. Cukup ada seorang je yang buat, yang lain semua fotostat. Yang peliknya cikgu tak kisah pun. Kalau macam ini lebih baik kerja kursus tulis tangan seperti dulu2. Sekurang-kurangnya mereka ada usaha lebih sedikit dan ada la yang masuk dalam kepala. Berbanding copy/fotostat, setakat tukar nama, tak ada faedah sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge