Apa nak dikatakan lagi, pasrah dan berserah bila data peribadi kita terpapar kepada umum angkara Gaysec. Mereka adalah pihak yang bertanggungjawab menggodam Streamyx, CIMB, TV3, Advertles dan Nuffnang. Dengan menggodam laman web tersebut Gaysec telah memaparkan kebanyakkan data pengguna kepada umum.
Aku dapat email dari Nuffnang yang mengatakan bahawa semua data dan maklumat aku selamat. Betul kah? Kalau dah terpapar data-data kita dan boleh dilihat oleh semua orang adakah itu selamat?
Your password is safe.As part of the existing security measures, all user passwords in our database have always been protected with one-way encryption. Nevertheless, we still encourage you to change your password (especially if you use the same password for other sites) as a precautionary measure in case the hackers are able to get past the encryption.
Aku cukup ragu-ragu dengannya. Nuffnang suruh tukar password. Perkara sebenarnya adalah password kita telah diketahui umum. Oleh itu marilah sama-sama kita menukarnya. Ayat Nuffnang tu cuma ayat penyedap hati je. Sebagai langkah keselamatan, silalah tukar password anda sekarang.
Apalah salahnya kalau berterus terang dengan blogger-blogger semua. Ni bila laman web kena hack masing-masing nak kata data pengguna tak effect. Minta maafla dengan pengguna dan janji akan tingkatkan keselamatan web masing-masing. Setakat ni belum ada lagi pihak yang kena hack meminta maaf pada pengguna di atas kelemahan sistem mereka kan. Sebelum ni pihak kerajaan pun ada kena hack, sampai sekarang mintak maaf pun tak ada.
Patutkah mereka di saman di atas kelemahan sistem mereka? Oleh kerana memang tak ada satu sistem pun dalam dunia ni yang selamat dari diceroboh, permintaan maaf itu secara moralnya akan meningkatkan kepercayaan pengguna.
biasa la bro.statement nak kena selamat.kena jaga air muka sendiri jugak.haha…
Baca Post Menarik dari Pacifista – X …Teguran Itu Penting…
apa-apa pun ayat cover mereka, kita juga yang jadi mangsa. nasib badan sebagai pengguna.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …2 Sifat Wanita Yang Susah Nak difahami.
Still selamat.. Database yang dilepaskan GaySec buakn secara meyeluruh dan username dengan password yang mereka sebarkan menggunakan bahasa yang perlu ditukar dahulu…
Akan datang tak tahulah.. Takut kena hack dengan org luar pula..
Baca Post Menarik dari Jai …Cara Tukar Facebook Chat Box Kepada Versi Lama
GaySec cuma nak uji tahap keselamatan laman web tu je. bukan nak hancurkan pun. tu yang dia tak keluarkan semua data. yg dikeluarkan tu cuma untuk pembuktian je.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Segera Mesrakan Blog Anda Dengan Handset
mcm juga statement sony bil kena hack..cover line la skit kan…:) hati pengguna mau kena jaga…:)
Baca Post Menarik dari wrizuan.net …AHLAN WASALAN RAMADHAN | Golongan yang gembira kedatangan Ramadhan
agaknya semua akan cakap camtu kot. kalau kita kena hack pun akan coverline gak agaknya. hehehe
bahaya skrg nie, gengblogger lg teruk identiti user kena dedah oleh gaysec… xleh nak salahkan hackers sbb sekuriti sesuatu web tu yg lemah…
Baca Post Menarik dari Mr Rileks …Plugin Terbaik Untuk WordPress – No Right Click Images
hackers laksanakan tanggungjawab mereka. dah cybersecuriti taknak buat kerja tu, apa salahnya ada individu yang buat. free lagi. terbaru GaySec godam laman 1Malaysia, blog PM Najib. Hahahaha
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Ejen Insurans AIA Tak Faham Bahasa
aku cuba percaya pada mereka.

Baca Post Menarik dari titan …5 hari dah aku hilang..diculik..
standard la tu..sy pun dh tukar password..pasrah sajala, kalo ada rezeki, adala tu..
Baca Post Menarik dari sutera …Say thank you sambil promosi orang yang memberi tuah