Raya di kejiranan kami

Ini aktiviti kejiranan kami setiap tahun. Pihak badan kebajikan perumahan akan buat padang terbuka sempena hari raya bagi merapatkan ukhwah sesama penduduk. Saya cuma duduk di rumah burung merpati. Sesekali ada majlis macam ni memang sangat meriah. Alhamdulillah dapat berkenal-kenalan dengan penduduk dari blok lain.

Tahun ini kami bermula lepas solat Isyak sampai pukul 1130 malam. Tahun-tahun sebelum ni biasanya buat lepas sembahyang raya. Tapi entah macam mana tahun ni ramai pulak yang balik kampung. Jadi dah hampir tarikh luput baru nak buat.

Selain daripada aktiviti bermah mesra, ada cabutan bertuah dan majlis potong kek sempena Hari Kemerdekaan. Paling bermakna bila YB tempat kami Ustaz Saari Sungib datang menerjah memeriahkan majlis. YB memang macam tu. Kadang-kadang solat terawih dan solat berjemaah pun main terjah-terjah je. Tapi itulah yang buatkan semua orang sayang.

Beberapa tahun dulu masa masih kuat panjat tangga, kami akan beraya dari rumah ke rumah sambil berselawat. Nampaknya aktiviti tu dah tak mampu dibuat lagi. Bagus juga.. dapatlah berjimat sikit dari segi masa dan wang ringgit.

Cikgu Hairul

Tak banyak yang mampu ku ungkapkan tentang diriku. Aku hanyalah seorang manusia biasa sama seperti yang lain. Semua tulisan hanyalah pandangan peribadi.

More Posts - Twitter - Facebook - Google Plus


14 thoughts on “Raya di kejiranan kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge