Semalam balik kampung di Pahang jenguk mak. Sampai je kampung terus cari ikan fresh. Hajat di hati nak makan ikan talapia bakar. Kebetulan ikan talapia dah habis. Cuma ikan patin je yang tinggal. Ambik seekor… Walau tak pernah cuba masak ikan patin, tapi mak kan ada, isteri saya kata la.
Sampai rumah terus bersiang. Cuci bersih-bersih. Bau hanyir ikan sungai melekat di tangan. Mak kata kalau nak cover bau hanyir tu, masaklah gulai tempoyak.
Resepi mudah ni memang cukup mudah. Orang yang tak reti masak macam saya ni pun boleh buat. Tapi isteri saya la yang masak. Saya cuma tolong tengok je.
Bahan-bahan.
-Ikan patin seekor ( sederhana). Potong ikut suka.
-Kunyit hidup sebesar ibu jari.
-Serai 2 batang dititik. Ketuk je pakai lesung sampai hancur.
-Cili kecik 7. Nak pedas tambah la lagi.
-Tempoyak 2 sudu.
-Garam secukup rasa.
Cara Buat.
Kunyit hidup dan cili ditumbuk sampai lumat. Masukkan air, ikan, bahan yang ditumbuk, serai dan tempoyak dalam periuk. Hidupkan api dan tunggu sampai masak. Masukkan garam secukup rasa. Kalau nak pekat, tambah tempoyak banyak-banyak.
Dah masak bolehla hidangkan dengan nasi yang panas. Fuhhh.. Makan sampai lupa mak mentua ada depan. Hehe.
Selamat mencuba.
P/S: Bawang tak dimasukkan sebab ia akan menghilangkan rasa manis ikan patin. Lagipun bawang memang dah habis. Wahaha.

owh..mmg menjilat jari..

Baca Post Menarik dari Jebeng Otai™ …Nasi Ayam Istimewa
Satu kepuasan..
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Resipi Mudah Gulai Tempoyak Ikan Patin
nak test la.. kalo menjadi mmg terbaik!!
Baca Post Menarik dari muazfaris …Auto Like Status Facebook – Antara Kebaikan dan Keburukan FB Auto Like
Test jangan tak test muaz..hehe
jadi lapar balik plakk..
Baca Post Menarik dari titan …Komisen ke 17 dari Innity
Lapar g kedai carik nasik..
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Resipi Mudah Gulai Tempoyak Ikan Patin
Gulai tempoyak ikan patin sangat sedap kalau orang pahang buat. Serius !
Baca Post Menarik dari ProfHariz …Luahan hati lelaki kacak
Betul tu bro. Tapi orang tempat lain kalau kena dengan resipinya, ok je kot.
aku juga selalunya tolong tengok je isteri memasak
lepas tu tolong makan
kalau ada mood rajin, ada la tolong cuci pinggan
hehe
Baca Post Menarik dari tehr …Kelantan Juara Piala FA 2012
Suami yang baik nih.
cam suami sy gak ni hee…sy sllu kurg sihat mujur ada ringan tangan mmbantu.
Baca Post Menarik dari suri …Kita Pakaikan Dia Baju
Kg dekat Pahang tu dekat daerah mana???
Bera
sambil masak main camapk2 mudah aja heeee
Sila campak dalam periuk, jangan campak atas lantai. Pasti tak jadi. Heheheh
mula2 kwin mmg tak tahu masak ni sb tahu mask asam org melaka. bila kwin org ipoh baru belajar skrg masak lauk ni tak dak hal
Baca Post Menarik dari suri …Aku Di Silap Mata Olehnya
saya kalau ikan patin ni x makan, hehe
Baca Post Menarik dari Juan …Lelaki Kacak
rugi bro tak makan. kena cuba sekali.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Resipi Mudah Gulai Tempoyak Ikan Patin
lapar nampak ikan tu..
Baca Post Menarik dari donnyien …Handphone hilang
Bolehla cari kat kedai..Kalau rajin cuba resepi ni Dony..
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Resipi Mudah Gulai Tempoyak Ikan Patin
baru tahu mengenai bawang dan kemanisan isi ikan tu.. TQ ya..
Baca Post Menarik dari Mus …‘Ikan Hiasan Kampung’ Hasilkan Pendapatan Lumayan
Petua ibu..
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Resipi Mudah Gulai Tempoyak Ikan Patin
ada bawanag mmg blh maniskan ikan..kuah
pergh… sedap ni!
mak saya kompom suka!
Baca Post Menarik dari sjiehan …Tips Menjadi Jutawan
Wahhh bestnya gulai tempoyak ikan patin..favorite tuuuuu……..
Baca Post Menarik dari hafizul …Kenangan Lalu Dijadikan Guideline Pada Pondok Kecil
jadi laaapaaaaar betolll
Sory tak sengaja melaparkan anda.. wakaka