Secara rasminya blog ini telah berpindah dari hosting lama ke hosting baru. Pengalaman ngeri di hosting lama sangat-sangat buat aku trauma. Bayangkanlah setiap minggu mesti ada sekali atau dua blog akan down. Customer service juga buatkan aku bertambah sakit jiwa.

Sedar tak sedar domain ni rupanya dah berusia setahun setengah. Aku sudah berblogging stat dari tahun 2001 bermula dengan platform blogspot. Sampailah sekarang sudah 4 hosting yang aku cuba. Semuanya ada mimpi ngeri. Harap-harap rumah ini tak membuatkan aku sakit hati lagi.

Tiada perubahan besar dari segi design dan content yang ada. Cuma perpindahan tu sahaja yang sangat besar untuk aku. Pengalaman berpindah tanpa hilang walau satu fail sangat-sangat berguna. Semuanya pihak hosting yang uruskan.

Baru aku sedar, tiada satu pun yang sempurna. Kat rumah sana lain ragamnya, kat rumah baru ni lain pulak ceritanya. Apapun tak terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru 2012. Moga tahun-tahun mendatang ini akan memberikan seribu kejayaan buat kita.