Dari kecik sampai besar kita dah didedahkan dengan sampah. Secara otomatik otak kita mentafsirkan sampah itu kotor. Rasa jijik dan geli. Kadang-kadang sampah di dapur pun tak gamak nak angkat. Itu sampah yang kita buat sendiri. Bukan sampah yang orang buat. Kalaulah sampah yang orang buat, diberikan pada kita mau kena maki sedas dua.
Cuba bayangkan ada lori sampah menumpahkan air licik di halaman rumah kita. Mesti buat kita marah kan? Atau ada orang letak sampah dalam rumah kita, dah tentu kita akan marah. Orang yang tak marah tu mungkin kepala otak dia penuh dengan sampah. Macam-macam cara kita tunjukkan rasa marah bila ada orang letak sampah di laman rumah lebih-lebih lagi di dalam rumah. Siap panggil reporter, suratkabar, tv, twitter, facebook.. rasa-rasa semua media dia nak hebohkan ada orang buat kerja tak guna otak kat rumah dia.
Itu cerita sampah..
Dalam ketaksuban kita geli dengan sampah, sedar tak sedar hari-hari fikiran kita disajikan dengan sampah. Lihatlah kanan dan kiri kita. Sampah yang masuk dalam fikiran kadang-kadang kita tak dapat nak tepis pun. Adakah kita marah? Kenapa kita tak marah dengan benda-benda negatif yang disogokkan di dalam fikiran kita? Renung dan fikir sejenak…
Rupanya unsur negatif seperti fitnah, caci-maki, sumpah seranah, hina-menghina, umpat mengumpat dan seumpamanya yang setaraf dengan sampah itu lebih bahaya daripada sampah sebenar yang orang sangkakan sampah yang menjijikkan. Kenapa orang boleh terima? Sedangkan ianya bukan sahaja disajikan di dalam rumah kita, malahan ia dimasuk serta diserapkan terus dalam pemikiran. Alangkah jahilnya manusia menilai mana sampah dan mana bukan sampah.
Jom kita sama-sama menyapu sampah. Buang sampah di tempat yang betul. Jangan biarkan sampah masuk dalam minda.Berusaha supaya sampah di persekitaran kita tidak berjaya mempengaruhi pemikiran kita. Supaya kita jadi orang hebat dan cemerlang sepanjang masa.
sampah di rumah @ kawasan sekitar boleh dikutip dan dibersihkan..
sampah di minda dibersihkan dgn ilmu dan akal..
Baca Post Menarik dari Jebeng Otai™ …One Piece 667
sesekali kena bersihkan sendiri punya sampah.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Sampah
kami sekeluarga amalkan kutip sampah di sekitar kawasan perkelahan…. bila nak balik, kutip sampah yg sekitar untuk dibawa balik dan dibuang di tempat yg sepatutnya…. benda ni kecik tetapi sekurang2 dah buat bahagian diri sendiri.
Baca Post Menarik dari Kujie …Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh
Bila semua orang ada kesedaran macam ni, tak adalah sampah merata-rata. Semua bermula dari kita. Cuma nak tak nak je.
wahhh bagus la.. nak follow la, contoh yg baikk..

Baca Post Menarik dari incik …Kehangatan bola sepak Euro 2012 Poland – Ukraine
bersihkan minda…bersihkan hati =)
Bersihkan segala-galanya
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Sampah
byk sampah kt mana2 klu daun pun d kira sampah he..klu smpah ttg manusia mmg byk kita sllu hdp dok sabar jer bro…nk ckp byk salah huuu
Daun yang dah bergelar sampah mudah nak dibersihkan..
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Sampah
Assalam..
Semua sampah boleh menyebabkan orang bergaduh..
Baca Post Menarik dari iza …The Old Man And The Farmer’s Sons.
Kena bersihkan supaya ia tak jadikan pergaduhan
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Sampah
tu la yang aku doh heran sekarang ni
ramai sangat yang suka buat sampah dan sebarkan merata-rata
Baca Post Menarik dari tehr …Lagu Popular Pada Hari Guru
cikgu jugak yang salah.. hahahah
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Sampah
bagi orang yang berfikiran bisnes, sampah boleh jadi duit
Baca Post Menarik dari Mus …Wajib Cuba, Nasi Ayam Sedap Beaufort ‘Saiz XXL’!
Betul jugak.. sebusuk mana pun sampah tu, mesti jadi duit. Tak kiralah cara apa sekalipun. baik ke, buruk ke..
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Sampah
banyaknya sampah. tade yang kutip ker..
Baca Post Menarik dari titan …Sahabat baik yang kacak.
Tak mampu dikutip lagi.. hampir semua orang buat sampah.. yang tukang kutip mogok.
Baca Post Menarik dari Cikgu Hairul …Sampah
Entah la… Sampah nie sebenarnya kene ada didikan dari rumah…
Sy dalam keluarga majoriti x akan buang sampah merata… Bayangkan, dalam poket mesti ada sampah simpan bawak balik rumah… Tapi x bestnya bila beg penuh sampah… Nak buang kat umah lupa jeee…

Baca Post Menarik dari Izzuddin Fauzi …Lelaki Kacak Kaki SEO
Sayangnya sifat kesedaran menjaga kebersihan masih kurang pada segelintir orang.
Kalau nak tengok mentaliti bersih atau tidak isi rumah seseorang itu tengoklah pada longkang depan rumahnya

Baca Post Menarik dari faizul …Berakhirnya demam bola sepak Liga Inggeris
sampah yang ‘tak nampak’ ni la yang susah nak ditapis dan dibersihkan..
Baca Post Menarik dari bardboo …Perancangan Kerjaya Sebelum Dan Selepas Bersara
Saya terfikir bagaimana proses pelupusan sampah2 di seluruh dunia dilakukan. Adakah bumi rela untuk menelan?
Baca Post Menarik dari nizamghazi …Masturbation : I Lose My Skills This Quickly Bila Bercinta Lagi – DJM-850
Kalau fikiran dah banyak “sampah” maka secara x langsung kita hidup dikelilingi sampah juga
Baca Post Menarik dari adamfaiz …WW 35 – Selamat Hari Guru Tehr, Titan, Cikgu Hairul & Semua Guru
Barulah hidup dalam keharmonian. Selesa sepanjang hidup. Hehe. Penyakit pun dapat dielakkan.
Baca Post Menarik dari hafizul …Selamat Hari Guru
Sampah pun ada nilai sebenarnya. Tapi tak ramai nak fikir nilainya sampah~
Baca Post Menarik dari ProfHariz …Luahan hati lelaki kacak
hmm masalah domestic waste ni baru nak di ambil berat skarang. ada jugak nampak lori besar2 dah rajin angkut sampah. ada jugak naik pusat pelupusan bersistematik. kalau tak dulu.., hampeh.
Baca Post Menarik dari incik …Kehangatan bola sepak Euro 2012 Poland – Ukraine