Sanggup Jimat RM1.20 Untuk Dapat Sakit Jantung

Kuala Lumpur sinonim dengan kesesakkan jalan raya. Pegilah mana ceruk Kuala Lumpur, kalau tak jem memang tak sah. Bandar-bandar berdekatan dengannya juga dapat tempias.

Lebuhraya Persekutuan, LDP, LKSA, LEKAS, PLUS semua tu nama-nama lebuhraya untuk mengatasi masalah kesesakkan. Hakikatnya, masalah tersebut tak juga selesai. Sebabnya tak ramai yang sanggup keluarkan duit tol.

Duduk dalam jem berjam-jam memang membosankan. Tekanan sungguh jiwa ni. Lagi tertekan bila tiba-tiba sakit perut. Rasa macam nak berak je dalam kereta. Tapi nak buat macam mana. Itu pilihan kita.

Pelik la kita ni. Sayang sangat dengan RM1.20. Tersekat dalam jem mungkin lebih teruk kerugiannya. Rugi minyak, rugi masa dan rugi tenaga. Kalau sikap sedemikian terus diamalkan, tak mustahil produktiviti kita akan menurun. Bukan setakat tu je, mungkin kita juga boleh sakit jantung.

Tak dinafikan, ada juga lebuhraya yang sesak. Itu pun jadi satu masalah juga. Pengguna dah bayar ingatkan lepas la kesesakkan, tapi tetap sesak juga. Agaknya apa kita nak buat ye? Mintak diskaun dah berbuih mulut. Pihak berwajib yang berkuasa tak juga bertindak.

Ahhhh! Tertekannya duduk di Kuala Lumpur. Boleh sakit jantung macam ni. Hari-hari sebelum ke tempat kerja dan waktu balik kerja mesti kena mengadap jem. Bilalah agaknya nak dapat pindah ke tempat yang kurang sesak? Fuuuuu…


26 thoughts on “Sanggup Jimat RM1.20 Untuk Dapat Sakit Jantung

  1. Assalam..
    Syukur sangat2 tak alami benda tu semua.
    Hubby saya, masa interview kenaikan pangkat tahun lepas, ditawarkan keja area KL dan segera dapat kalau bersetuju tapi dia menolak. Dia kata, bagi la cerok hutan mana pun tak mengapa asalkan jangan KL.
    Baca Post Menarik dari iza …Pulau Pangkor 2012.My Profile

  2. betul-betul..
    tiap-tiap hari jem, dari bangsar nak sampai brickfield pun jem..

    saya pun, kalau boleh nak mintak tukar jauh dari kl nie,
    lebih rela duduk dekat pendalaman asalkan tak jem.. dah laa jem, kos hidup tinggi pulak kat kl ni.. alahai..
    Baca Post Menarik dari Syida …Mertua VS Menantu.My Profile

  3. Pingback: Bahaya ubat diabetis dan darah tinggi kepada pesakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge