Adam Tahir Cash Solution. Pernah dengar tak syarikat ni? Sekali pandang macam satu kaedah mengemis alaf baru. Dua kali pandang, sangat pasti ia satu lagi pemusnah industri IM negara.
Kali ni modus operandinya cari downline yang ada hutang loan kereta, cari seramai mungkin dan mintak duit dari mereka RM90. Lepas tu macam biasa, mangsa kena cari orang bawah jugak dan mintak duit RM90. Apa bisnes ntah macam tu.
Pengemis ini menjanjikan pulangan “rebet ansuran kereta” untuk mengabui mata mangsa. Awas! jerat mereka sebijik macam ID (infinity downline). Bayaran yuran bulanan pulak RM20 selagimana berhajatkan “Rebet” yang dijanjikan.
Gambaran yang jelas boleh saya berikan berkenaan penipuan ini, cuba tengok pada rajah.
Ini cuma berdasarkan pemerhatian saya sahaja. Kalau ada pendapat lain, kongsikan di sini ye.
Sebelum buat sebarang pelaburan sila semak dulu profile syarikat dan apa produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Sekali kita terjebak, rakan-rakan, keluarga dan orang sekeliling akan lari.
Hoho…gini pun ada? Mcm2 kan idea org nak menipu…yang peliknya ramai yg terjebak dlm penipuan sebegini…x logik dpt rebet ansuran kereta..hutang dgn bank x kan org lain plak yg boleh bg rebet…
terjebak sebab terpedaya. mungkin juga tiada sapa bagitau berkenaan penipuan macam ni. sekali orang promote, terus percaya.
Menulis untuk keabadian? Apa maksudnya
selagi blog ini ada, selagi itulah tulisan ini terabadi di alam maya.
tak pernah dengar, tapi better berhati2 berurusan dgn perniagaan internet ini
Baca Post Menarik dari beckhr00y …Syarat Jual Rumah Minimum 10 Tahun | Jual Dan Beli Rumah
Sentiasa bersangka buruk.. Itu yg terbaik buat masa ni. Kalau kita baik sangka sangat, penipu ambik kesempatan.
apa2 nak join, kena selidik dulu, jangan terus join.. kang lebur duit.. merana dibuatnya.. huuhu
Baca Post Menarik dari zik …Citer-citun Reunion raya SMKPB 5A 2012, kali ke tiga
orang yang masuk ni kebanyakkan dari mereka kata ala cuma RM90 je. Kalau lebur pun takpe. Nampak sangat banyak duit dan taktau nak buat apa.
macam2 lah….
ohh yer, cikgu ada terbaca tak entri berkaitan kritikan profesion keguruan.
takde pun terbaca lg. bak meh la linknye.
hoho..ada lagi jugak menda ni rupanya..
mestilah ada bro. duit punya pasal, apa-apa pun boleh jadik.
yang kaya sebenarnya otas kat atas tu kan cikgu??sy pun tak berapa faham pasal perniagaan macam ni sebab tu sy payah nak masuk walaupun hakikatnya perniagaan itu sah..hehe..tambahan pula duit yang ada cukup2 untuk tampung perbelanjaan harian..
Baca Post Menarik dari Hafizul …1ST Giveaways BudakFelda.Com – Tabik Springgg Bro
sebenarnya perniagaan tu bukan satu perniagaan pun. ia cumalah satu skim minta duit orang aka minta sedekah.
yg untung org atas la..org bwh2 mmg slalunya rugi..huhu
Baca Post Menarik dari Jebeng Otai™ …Komentator Tegar Ogos 2012
Nampaknya kita semua kena lebih berhati2. Kena buat siasatan dulu sbelum mebuat keputusan thks share…
Baca Post Menarik dari irsah …Perolehan Trafik RM Blog Dengan Google Analytics Mudah