Sejauh mana kita sanggup ditegur

Pernah tak korang kena tegur? Mesti down giler kan bila orang tegur. Lebih-lebih lagi bos yang tegur. Rasa diri ini tak berguna langsung.

Orang yang bermotivasi tinggi akan merasa bersyukur bila ditegur. Apa yang kita buat tak semestinya betul. Teguran sebenarnya menjadikan kita lebih baik. Tu pun kalau kita boleh terima dengan hati terbuka. Kebanyakkan dari kita susah nak terima teguran.

Kita patut rasa bertuah dan berterima kasih kepada orang yang sanggup menegur kita. Kadang-kadang kita tidak perasan, perbuatan yang kita lakukan tu salah. Kiranya tuguran itu boleh jadi satu rahmat buat kita agar kita tidak berterusan melakukan kesalahan.

Dalam diri setiap orang mesti ada rasa ego. Terlalu konfiden dengan apa yang dibuat. Rasa semua yang dilakukan itu betul. Sifat tu sangat bahaya. Bila ada sedikit rasa macam tu, sila berjumpa dengan sahabat baik dan tanya padanya betulkah apa yang kita buat. Sahabat baik biasanya akan memberi pandangan yang tulus ikhlas. Dari situ kita boleh perbetulkan diri.

Allah juga sering menegur hambanya yang dikasihi. Macam-macam cara teguran Allah beri pada kita. Kehilangan orang tersayang, kecelakaan, kesenangan dan kesakitan. Cuma adakah kita sedar dengan teguran yang Allah beri?

Paling malang orang yang ditegur melenting tak hengat dunia. Siap marah-marah lagi. Orang macam tu boleh dianggap bodoh sombong. Kesian dengan dia..

Kalau saya ada buat salah, tegurlah. Insayallah ada ganjaran menanti. Kalau bukan dari saya, Allah pasti akan membalasnya. Tegur menegur amalan mulia.


23 thoughts on “Sejauh mana kita sanggup ditegur

  1. Ramai yg tak puas hati bila kene tegur.orang yg macam ni dikategorikan orang yg sombong dan perasan bagus..sifat tu adalah sifat yg paling keji.
    Syaitan pun dilaknat oleh Allah sebab ada perasaan tu la.(sombong dan perasan bagus) oleh itu dia enggan sujud pada nabi Adam.
    Muhasabah la diri kita.kadang2 ada gak perasaan perasan macam bagus tu…istighfar banyak2 dan mohon agar dihindarkn dr sifat tercela tu.

  2. Header dah tukar ye,cantik. Sebenarnya tak ramai yang suka ditegur sebab selalunya bagi mereka yang ditegur mereka sentiasa betul dan orang yang menegur adalah salah tapi kadang2 nak salah kan orang yang ditegur pun tak boleh sebab cara menegur itu berbeza. Sesetengah orang kena betul cara menegurnya bukan main tegur macamtu je kena slow talk lah kalau boleh
    Baca Post Menarik dari Lawrence Vision …BlackBerry Curve 9220 Sebagai Second PhoneMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge