Maka yang mana satu nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Lihat anak-anak kita, masih lagi berbasikal atau berhimpit lagikah seperti ini untuk ke sekolah? Saya percaya, sebilangan besar ibu-bapa menghantar anak mereka dengan berkereta besar. Paling kurang pun naik van sekolah. Jarang lihat ibu-bapa menghantar anak ke sekolah menaiki motor apa lagi berbasikal.
Bayangkan bertapa gigihnya mereka. Barangkali itulah pengangkutan yang mereka ada. Motor itulah untuk menghantar anak, motor itulah untuk menghantar isteri, motor itulah untuk mencari rezeki. Mungkin juga motor itulah satu-satunya harta kepunyaannya.
Kita?
Barangkali berkereta dua. Setiap anak punya motorsikal sendiri. Paling tidak pun punya basikal sendiri. Semua itu nikmat yang tidak terkira banyaknya untuk kita.
Maka yang mana satu nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Syukur atas segala nikmat Tuhan yang memberikan kita harta dan kenikmatan hidup tanpa batas.

Perlu sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan..
Baca Post Menarik dari anif …Senarai Lengkap Lokasi Pemasangan Kamera AES Di Seluruh Negara
betul tu bro.
bertapa mahu ke sekolah. hargailah kemudahan dan kesenangan yg kita ada.
Baca Post Menarik dari Leeza Dayasari …Minat Layari Internet Faktor Tekanan Perasaan
besarnya pengorbanan ayah.. kalau anak tu dah besar tak bersyukur memanglah nak kena.
Gunakan semaksimumnya…
erat silaturrahim.duduk rapat2. Peluk erat2..
Bersyukur kepada allah kerana dilahirkan di malaysia yang aman dan sentosa.
Baca Post Menarik dari amlanblogger …Jom Join Blogwalking
mmg cukup2 bersyukur dah skang ni..
Baca Post Menarik dari Jebeng Otai™ …Wordless Wednesday : Efek Tumit Tinggi
bersyukur, kita mempunyai nikmat yang begitu banyak, harap digunakan dengan baik.
Baca Post Menarik dari kimmie …Wordless Wednesday 41: Akhirnya keputusan yang dinanti sudah menjelma
di dunia ni pasti ada yang lebih susah dari kita
Baca Post Menarik dari beckhr00y …Hosting Serverfreak | Hosting Keempat Dan Terbaru
ingin kita balas semua nikmat yg Allah kepada kita selama ini? pastinya x terbalas oleh kita.
Kita hanya mampu bersyukur atas segalanya… mudah2an Allah terus mengurniakan nikmat selamaNya…
Baca Post Menarik dari auc dot com …Pokok, Buah, Daun, Batang dan Khasiat Mulberi
terlalu sedikit orang yang benar-benar bersyukur
macam2 nikmat kita rasa hari ini.. alhamdulillah..
Baca Post Menarik dari cmratu …RAW atau JPEG?
setelah nikmat hilang, baru tersedar betapa banyak nikmat yang telah diperolehi selama ini
pernah rasa naik basikal masa sekolah rendah dulu..lepas tu ayh beli motor, terus lupakan jasa basikal..hahaha
Baca Post Menarik dari Hafizul …Wordless Wednesday #30 – Penawar Racun Sekiranya Ketiadaan Air Kelapa
1. Memang sepatutnya bersyukur dengan apa yang ada.
2. Keselamatan perlu diutamakan tiada kompromi didalam hal ini.
Ini lah yang orang kata, kita tak sedar nikmat yang ada. Kita tak sedar kita ada nikmat melihat, mendengar, rasa dan banyak lagi. Sebab tak pernah bersyukur.
Baca Post Menarik dari Naziman …Lagu 60an Pop Yeh Yeh terbaik Koleksi saya