Blog Cikgu Hairul

Menulis Untuk Keabadian

Ejen Insurans Kena Hati-Hati

Malang tak berbau. Kadang-kadang kita cukup berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara, tapi takdir Allah itu tak dapat kita elakkan.

Sedang aku membelek Utusan Online, terbaca kisah “Ejen Insurans Melecur Disimbah Asid”. Terpanggil menulis sesuatu mengenai ejen insurans. Ini bukan cerita Privecyku Dinoda, tapi lain ceritanya.

Dengan tahap kebengangan yang tinggi dengan Ejen Insurans Mengaku Tuhan, aku simpati juga dengan mangsa yang kena simbah asid tu. Mukanya melecur dan dia tak tahu apa sebabnya dia diperlakukan sebegitu.

Khabarnya dia disimbah asid oleh orang tidak dikenali. Atas sebab apa, dan kenapa itu masih dalam siasatan.

Itulah, manusia bila sampai tahap bengang, macam-macam dia boleh buat. Sampai satu tahap, bila manusia hilang kewarasan dia sanggup membunuh. Siapa tak bengang dengan Ejen Insurans Yang Tak Faham Bahasa kan? Mintak-mintak dijauhkan dari malapetaka ini.

Terdetik juga dalam hati ini, apakah semua perkara yang aku buat ini menyenangkan orang lain? Adakah apa yang aku tulis di sini menyebabkan ada orang terasa?

Andai ada salah dan silap, mohon diampunkan. Aku menulis berdasarkan pengalaman, isi hati, dan pandangan dari ruang lingkup hidup aku. Sekali lagi kalau ada salah silap, minta tegur dan betulkan.

Lepas ni kita kena berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara. Bukan saja untuk ejen insurans, tapi untuk aku dan sesiapa sahaja. Ejen insurans ni kena lebih sikit lepas ni, sebab dah ada kes kena simbah asid.