Tajuk Entri Sama, itu pun nak marah ke?

Ramai blogger menulis dengan tajuk entri yang sama. Lebih-lebih lagi kalau ada sesuatu event. Kununnya nak mencuri trafik dari event yang famous. Contohnya macam movie yang baru keluar, bola sepak, isu semasa dan macam-macam lagi.

Adakah tajuk entri yang sama membolehkan kita marah dengan blogger lain?

Sebenarnya kita mempunyai kekurangan perkataan. Cuba cari dalam kamus, ada berapa perkataan yang tertulis. Bahasa itu mempunyai had. Perhatikan dalam setiap entri yang dibuat. Berapa perkataan yang berulang. Kenapa tak guna perkataan lain. Adakah kita tidak cukup kosa kata?

Kalau ada yang menulis tajuk sama dengan kita, tak usah la melalak-lalak.

Setiap manusia mempunyai pandangan berbeza. Saya suka mengandaikan manusia ni melihat pada sebuah kotak. Tak payah banyak segi, cukuplah kotak yang empat segi. Kotak 4 segi ada 6 permukaan. Semua permukaan tu lain-lain kan. Macam tu la manusia akan melihat dari sudut pandangannya sendiri. Mereka akan menceritakan sesuatu dari pandangannya sendiri.

Satu perkara boleh jadi macam-macam cerita. Kita tak berhak nak marah. Dalam hal ni tiada siapa pun yang akan betul dan akan salah. Semua cerita tu boleh diterima.

Perkara yang patut kita marah adalah tajuk dan entri yang sama sebab kena plagiat. Benda ni tak boleh kompromi. Kalau jumpa kasi bako je blog itu. Kalau ada rasa takut nak membakar, mintalah si empunya blog mengeluarkan entri yang diplagiatnya tu.

Kita sama-sama blogger. Menulis untuk keabadian. Bukan untuk pertengkaran.

Cikgu Hairul

Tak banyak yang mampu ku ungkapkan tentang diriku. Aku hanyalah seorang manusia biasa sama seperti yang lain. Semua tulisan hanyalah pandangan peribadi.

More Posts - Twitter - Facebook - Google Plus


12 thoughts on “Tajuk Entri Sama, itu pun nak marah ke?

  1. Tajuk memang sama tp isi, kupasan, pandangan lain2.
    Bagi yang cedok bulat2, tolong la letak sumber.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge